14.6.12

Banyak Fikir..

Lately selalu sakit kepala. Senang je tetiba sakit kepala.
Sakit kepala satu hal, nanti suddenly rasa nak nangis.
Alahai perempuan...lemahnya emosi..
Sebab apa?

"Umi fikir byk sgt kut... Kerja, Study..."

Yes. I admit it. Sebab banyak fikir. Terasa hidup macam tak berapa nak terurus pada masa-masa tertentu.

Macam mana tak banyak fikir, perempuan memang banyak fikir kan?

Sebelum decide nak sambung study, selalu fikir apa nak buat untuk isi masa lapang hujung minggu bila takda pape aktiviti. Apa nak buat untuk tak nak bagi rasa sunyi sebab takde pakwe (eh..?). Apa nak buat untuk alihkan perhatian dari asyik dok pikir macam mana nak handle perasaan bila asyik kena reject je setiap kali nak serius berkawan dengan lawan jantina. (Note: Jodoh itu tak datang bergolek. Usaha tanpa jemu itu penting. Nak berusaha ke arah itu pun kene fikir jugak. Fikir lagi...)

It's not easy to handle peperangan dalam jiwa seorang bujang yang masih tercari-cari pelengkap hidupnya. Memang respek gila la kat bujang yang hidup tenang je...macam takde pape kepentingan untuk ada pendamping hidup. Ape ntah yang diorang pikir agaknyer..

Now, bila dah sambung study, kusut pulak dengan assignments, quizzes, tests, projects, etc. Balik keje dah penat. Ada assignments menanti untuk disiapkan. Bila dah bertangguh satu, memang kusut gila la lepas tu nak siapkan semua. Time management is very important. Nak menguruskan masa pun kena fikir jugak, mana satu kene bagi prioriti untuk  dibuat dulu.

Then, kawan-kawan tegur kat fesbuk, tanya bila nak jemput makan nasi minyak? Hadei. Ni lagi satu buat kita fikir panjang kan..? Orang kata, kalau tak nak bagi stress kat diri sendiri, buat tak tahu je bila orang tanya berkias-kias macam tu.. Tapi saye tak boleh  buat dek je, sebab memang itu salah satu matlamat hidup kat dunia ni yang perlu diusahakan. Tu tak kira lagi bila mak, ayah, abang, adik tanya, "Ko ni bila nak kawen ha kak Umi?". Perghh...makan dalam.

And now, bila dah start nak kenal rapat dengan seseorang, asyik terpikir-pikir pulak pasal orang tu. Dia tengah buat apa, dia ni nak serius ke tak ngan kite sebenarnye, dia ni boleh ke nak hidup ngan kite? Haih..macam ni eh perasaan orang yang baru nak belajar bercinta?

See...macam mana la tak banyak pikir kan..?

Life is a puzzle with difficult and missing pieces..Ya Allah..give me strength to solve it.

Gambar ni ade kaitan ke dengan tajuk entry? Entah. Saje nak letak...

5 comments:

  1. jiwa kacau eh? meh la jmpe di dinner peers sabtu nie. mane tau bole release or terjumpe jejaka idaman. hehehe

    ReplyDelete
  2. K.Iss pegi eh MPPSP Sabtu ni? Takde dapat invitation pon..tahu diorang nak buat dinner, tapi takde dapat mesej pon...Abg. Makh ada tanya jugak semalam pegi ke tak, kite tak sure lagi la K.Iss...nak pegi, tapi..




    tengok, nak kene pikir lagi..haih.. :P

    ReplyDelete
  3. nak ke tanak fikir pun menyebabkan kita kene fikir gak kan? hahahaha

    eh, paham x?

    terfikir2 pasal org 'tu' xle nak buat ape la. even dah kawen pun misti fikir2 gak kan? hihi

    sebab tu la Allah jadikan manusia tu berakal. supaya leh berfikir.^__^

    ReplyDelete
  4. sabar ye ummi.. ujian mmg macam2..
    ehmm.. dah ada sesorang tu, mmg akan serabutkan jgk kepala otak, tak byk pun, plg2 cket la.. ehehe..
    tak salah pun utk caring ttg sesorang tu.. :)
    takpe, ada hikmahnya semua tu..

    ReplyDelete
  5. Cik Ryan: yes, Allah bagi kita akal untuk berfikir dalam apa jua tindakan yang diambil..eh, bila dah kawen lagi banyak nak kene pikir! hihi

    Farah: kita start caring kat orang tu dengan harapan dia pon akan caring kat kita balik. betol tak?

    ReplyDelete