19.6.12

Berani Berfikir Besar

Ramai orang mengatakan, dalam hidup kita perlu realistik dan ramai juga yang takut untuk mempunyai impian yang besar. Mereka takut impian tidak tercapai, takut risiko, takut kecewa, takut diketawakan dan berbagai-bagai jenis ketakutan lagi. Sebenarnya setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda, makna pada peristiwa tersebut terletak pada diri anda sendiri.

Orang yang gagal apabila usaha mereka tidak mencapai sasaran, mereka akan berkata kepada diri mereka bahawa, "Aku telah gagal." Orang yang berjaya pula mempunyai definisi yang berbeza apabila usaha mereka tidak mencapai sasaran. Mereka mendefinisikan situasi tersebut sebagai proses pembelajaran.

Dalam minda orang yang berjaya, mereka hanya gagal apabila mereka berhenti mencuba. Individu-individu yang berjaya takutkan kegagalan sama seperti manusia lain. Tetapi oleh sebab cara mereka mendefinisikan kegagalan positif, mereka akan terus berusaha.

Bukan gagal, tetapi proses pembelajaran...

Jika kita beriman, yakin adanya Allah s.w.t. beserta sifat-sifat-Nya, maka yakin Allah Pemberi Rahmat. Oleh sebab itu, dalam kita bersungguh-sungguh melakukan suatu tugasan, sandarkan harapan baik kepada-Nya dengan sepenuh hati tanpa berputus asa daripada rahmat Allah jika tidak menemui kejayaan lagi.


Sumber: Gen-Q, Isu No. 11

No comments:

Post a Comment