26.9.11

Ya Allah, Diakah Jodohku?

Kadang-kadang ada orang yang sudah sangat dekat dengan seseorang, tetapi masih tertanya-tanya adakah orang itu jodohnya atau sebaliknya. Dia sudah sangat mencintainya, tetapi terkadang masih ragu apakah dia orang yang tepat atau bukan. Sehingga rasa itu menjadi sangat memeningkan kepala. Kadang-kadang dia begitu memberikan perhatian tetapi di satu sisi dia boleh menjadi sangat dingin.

Bahkan mereka yang sudah berasa serasi pun, seringkali belum boleh menjawab apakah yang dekat dengannya akan benar-benar menjadi suami atau isterinya kelak. Selama mereka belum diijab kabul, mereka masih belum mahu menjamin apakah orang itu akan menjadi jodohnya atau tidak.

Posisi wanita pastinya lebih sukar. Mereka tentu sahaja berada di pihak yang menunggu. Mereka menunggu lelaki menyatakan hasratnya. Mereka juga menunggu lelaki mengungkap perasaannya. Sekiranya pihak wanita yang menyatakan perasaannya terlebih dahulu, mereka belum sedia menerima jawapannya. Sekiranya lelaki itu menerima cintanya, jelas ia adalah sebuah kebahagiaan baginya. Tetapi kalau cintanya ditolak, bukankah ini sangat memalukan baginya?

[Ya Allah, Diakah Jodohku | Burhan Sodiq | Kemilau Publika | September 2011]

*Jodoh adalah pertemuan dan perjanjian antara lelaki dan perempuan supaya saling menerima dan memberi.

*Kita hanya manusia biasa. Setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kelebihan dirinya adalah pelengkap kepada kekurangan diri kita dan kelebihan diri kita adalah pelengkap kepada kekurangan dirinya. Bukankah suami isteri itu saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain?

*Dalam mendapatkan jodoh, ia memerlukan kita mencari, memohon kepada Allah dan mendapatkan persetujuan antara satu sama lain supaya saling menerima dan memberi cinta serta komitmen dalam rumah tangga bagi menuju bahagia bersama-sama.












*apenipagipagidahcakappasaljodoh.yaAllahkumohondipermudahkandalamurusanyangsatuini.

No comments:

Post a Comment