Ada masa kita gembira, syukur Alhamdulillah.
Ada masa kita berduka, ya Allah, sedihnya hati hanya Dia yang tahu.
Ada masa kita tak rasa apa-apa pun. Rasa yang cuma biasa-biasa...
Manusia hidup dengan pelbagai perasaan dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Ada masa kita boleh berkongsi kegembiraan dengan keluarga, teman-teman rapat.
Ada masa kita boleh juga berkongsi duka dengan keluarga dan juga teman-teman rapat.
Ada masa juga kita tak mampu nak kongsikan apa yang kita rasa dengan sesiapa.
Yang tahu hanya Allah.
Nak dengar cerita saya?
Saya rasa tak mungkin saye dapat ceritakan semuanya di sini sebab di sini terlalu public, sape-sape pon akses ke sini. Tak best.
Ada masa, kalau boleh, saya nak ceritakan, nak luahkan semua yang terpendam di hati dengan seseorang yang sangat saya percayai. Tapi dia bukan mak atau ayah atau adik beradik atau teman rapat. Dia adalah seseorang yang istimewa di hati. Tapi, bila fikir dua, tiga, banyak kali la, tak mungkin saya boleh ceritakan semuanya kepada seseorang yang istimewa itu.
Kerana apa? Kerana walaupun dia sangat istimewa di hati saya, dia bukanlah siapa-siapa dalam 'real life' saya yang sekarang. Dia mungkin istimewa di hati saya, tapi belum tentu saya istimewa di hatinya.
Jadi nak cerita, nak luahkan kat siapa?
ALLAHlah! Yes, of course Dia tempat mengadu yang paaliinggg baik!
Tapi fitrah manusia yang sememangnya tertarik atau cenderung untuk berasa tenteram bila bersama dengan lawan jenisnya tak mungkin dapat menafikan keinginan untuk mendampingi seseorang yang boleh diluahkan semua rasa, semua cerita.
Dalam kes saya ini, orang yang paling sesuai untuk saya ceritakan, saya luahkan semua rasa, semua cerita adalah yang bernama s.u.a.m.i - yang halal untuk saya.
Oleh kerana saya masih belum bersuami, saya kira saya perlu sangat sangat bersabar memendam segalanya sehingga tiba masa yang sesuai. Bukan mudah, tapi nak tak nak kene sabar.
Mudah-mudahan Allah beri saya kelapangan hati, ketenangan jiwa melalui hari-hari sebagai orang bujang. Iman kene kuat!
umi kan kuat. tabah k.
ReplyDeleteeven dah ada yg istimewa tp selalu bermasalah pun tak guna juga. so lebih baik jgn terjebak. Allah tahu ape yg terbaik buat umat nya. :)