15.8.11

Istiqamah di Sudut Hati

"Khair, apakah kamu tidak pernah merasakan bahawa kehidupan kamu itu tiada keseronokan? Sedangkan remaja lain sering ke bandar untuk berhibur dan kamu hanya berniaga, bersolat dan menjaga ibumu. Adakah itu tidak menyukarkan kamu?"

"Ustaz, seingat saya ustaz pernah sebutkan satu sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang mafhumnya: 'Daripada keindahan agama Islam dalam diri seseorang itu ialah dia meninggalkan apa yang sia-sia bagi dirinya.' Saya meyakini bahawa hidup ini hanya sementara dan apakah saya perlu berseronok sedangkan keseronokan itu tidak akan membantu saya di akhirat. Malah bagi saya, segala yang tidak membawa kepada kejayaan di akhirat adalah sia-sia." jelas Khair. Dia masih mengingati pesanan hadis Nabi s.a.w. yang disampaikan oleh Ustaz Solahuddin menerusi kuliah maghribnya sebelum ini.

"Namun, tidak semudah itu jiwa muda akan melepaskan peluang berseronok. Adakah kamu tidak merasakan desakan nafsu untuk menonton wayang, mendengar lagu, melayari internet, menghadiri majlis sosial dan sebagainya? Bukankah itu budaya pemuda sekarang?" Ustaz Solahuddin cuba mencungkil pandangan pemuda itu.

"Oh... benar, ustaz. Saya teringin untuk melakukan semua itu. Namun, saya tidak punya wang. Tuhan membataskan pergerakan saya dengan membataskan kewangan saya. Sesekali saya merasa hampa. Namun, semenjak saya mendengar hadis itu hati saya sudah tenang." jelas Khair lagi.

"Hadis yang mana?"

"Hadis tujuh golongan yang dijamin mendapat bayangan Arasy Allah s.w.t. sewaktu berada di mahsyar. Salah satu daripada golongan itu ialah pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Dan satu lagi golongan ialah lelaki yang sentiasa hidup dalam ibadat kepada Allah. Daripada situ, saya dengan sedaya upaya mengejar janji itu agar Allah menyelamatkan saya di akhirat daripada kepanasan mahsyar." Khair menjawab dengan sopan.

"Subhanallah, dalam suasana orang sekarang melupakan hadis dan al-Quran kamu masih menghafaz dan cuba menjaganya. Dalam suasana orang menjadikan artis dan selebriti sebagai idola, kamu mampu menjadikan pesanan Rasulullah s.a.w. sebagai pedoman. Kamu benar-benar akan berjaya. Insya-Allah!" Ustaz Solahuddin berkata sambil menepuk lembut bahu Khair.

[Dipetik dari Majalah GenQ; Kisah Bersiri; Mahar Yang Makbul, siri 2]

***Dil luar sana masih ramai orang tua yang mencecah umur 60-an tetapi masih tidak mahu sujud di masjid Allah. Menyibukkan diri mencari rezeki tanpa meluangkan waktu untuk zikrullah. Adakah mereka merasakan rezeki dan dunia akan menyelamatkan mereka dari azab Allah?

Sesungguhnya Allah suka dengan hamba-Nya yang bertaubat. tetapi alangkah sukanya Allah akan hamba-Nya YANG MUDA bertaubat...

2 comments: