10.8.11

Teringat...

dalam rakaat ke..[eh, lupe dah rakaat ke berapa actually] dlm solat tarawih tadi, tiba-tiba, secara tak semena-mena lintasan hati teringat ayah berlaku. dan dengan tak semena-mena tetibe laju je air mata menitis. ya Allah... saye surrender pada salam yang ke-empat. sebak.

tiba-tiba teringat ayah. terbayang ayah solat malam kat penjuru rumah atas (rumah asal FELDA) betul-betul menghadap tangga yang dihadang dengan papan lapis, bersebelahan dengan bilik kami adik beradik. dulu, kalau rase nak terbuang air kecil malam-malam, bila nak turun tangga nak pegi bilik air, terdengar suara perlahan ayah bertakbir, berzikir. ayah selalu menghidupkan malam, di saat anak-anaknya lena dibuai mimpi.

ayah cuma orang biasa-biasa. kami orang biasa-biasa. ayah mengulang sebanyak tiga kali untuk Sijil Darjah Khasnya. untuk pengetahuan, sijil darjah khas ni ada kat negeri Johor je. sijil ni adalah peringkat tertinggi dalam sistem pembelajaran Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. dengan izin Allah, dengan hidayah Allah, ayah berpegang teguh dengan apa yang dipelajarinya dan sedaya upaya dipraktiskan dalam perjalanan hidupnya. mak pernah cerita, sebab sikap ayah yang menjaga solatlah membuatkan mak tertawan untuk menjadi suri hidup ayah.

ayah bukanlah graduan lepasan syariah ataupun bidang agama dari mana-mana universiti. ayah cuma orang biasa-biasa. tapi dalam biasanya ayah, sedaya mungkin cuba dipenuhi tuntuan fardhu ain dan fardhu kifayah sewaktu dalam kesusahan memulakan hidup di perkampungan FELDA suatu masa dulu. ayah pernah jadi imam pertama di kampung kami, ayah pernah jadi imam pertama ketika solat Jumaat yang pertama didirikan di perkampungan kami. ayah juga antara orang kuat yang menguruskan soal khairat kematian. bila ada orang kampung yang meninggal, ayahlah orang pertama yang diberitahu. bukan sedikit cabarannya. mak dah terlalu banyak menangis. ada cerita tersendiri berkenaan ayah menjadi imam ini. biarlah ia menjadi cerita yang berlegar-legar di kalangan ahli keluarga kami sahaja.

sekarang, ayah bukam imam lagi di kampung. tapi panggilan Pak Imam tak pernah lekang disebut-sebut orang. kalau masuk perkampungan FELDA Tenggaroh 5, cakap nak cari rumah Pak Imam Yunus, insyaAllah akan ada yang tunjuk jalan dengan mudahnya ke rumah kami.

mak pernah cerita, dulu-dulu, masa ayah jadi imam, bila sampai bulan puasa, mak selalu berbuka sorang-sorang. menangis mak. ye lah, waktu tu yang ada cuma abang long, abang ngah dan saye. kami bertiga kecik lagi. ape yang kami tahu? ayah akan balik bila da habes solat tarawih. sangat kagum dengan ketabahan dan kesabaran mak.

sekarang ayah dah jarang ke masjid. ayah solat kat rumah je. solat Jumaat ayah ke masjid kalau abang long jemput dengan kereta. serangan angin ahmar tahun lepas buat hidup ayah, dan kami sekeluarga berubah. mak terutamanya yang menanggung segalanya. mak pernah cakap, "macam dah patah kaki". sebab ape? sebab dulu semua urusan perbelanjaan barang-barang keperluan ayah yang uruskan. bila ayah  dah tak boleh gerak, semua benda mak nak kene buat sendiri. moga Allah berikan ganjaran kebaikan buat mak yang sabar atas musibah ini.

ayah...akak sayang ayah. walaupun tak pernah cakap depan-depan.

dulu kecik-kecik saye memang manja dengan ayah. sampai adik-beradik cakap saye ni "anak sayang ayah". sekarang bila balik kampung, jarang cakap-cakap dengan ayah. selalu perhati je ayah dari jauh. bila ayah mintak apa-apa, cuba usahakan. sejak sakit macam-macam pulak ragam ayah. takpe, nanti satu hari, saya akan jadi tua jugak...

nanti, bila sampai masanya saye berkeluarga, suami yang macam mana agaknya yang akan memimpin saye? hati tertanya-tanya, mungkinkah akan dijodohkan dengan lelaki yang mampu bangkit sepertiga malam menghadap Allah, menghidupkan malam macam ayah? lelaki yang solat Subuhnya di masjid. lelaki yang boleh menjawab soalan-soalan saya berkaitan hukum-hakam amalan hidup seharian, lelaki yang ... ah, entah la. saye berdoa mohon Allah pertemukan saye dengan pasangan yang beriman lagi beramal soleh, seimbang dunia dan akhiratnya. dalam masa yang sama saya berusaha memperbaiki kelemahan, kekurangan diri.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkat didikan mak dan ayah, saya menjadi saye hari ini. saye mungkin bukanlah perempuan yang baik mane, tapi saye bersyukur, insyaAllah agama menjadi pegangan dalam jiwa. mudah-mudahan sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah mengharungi liku-liku hidup ini...

1 comment: