18.8.11

Kawan vs Jangan Kawan

Imam Ghazali ada menerangkan kawan yang baik dan kawan yang tidak baik.

PERTAMA: PILIH kawan yang berakal. JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

KEDUA: PILIH kawan yang berakhlak. JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu.

KETIGA: PILIH kawan yang soleh. JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

KEEMPAT: PILIH kawan yang bersederhana. JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

KELIMA: PILIH kawan yang bercakap benar. JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Jadi, kesemua yang diterangkan di atas membawa maksud: kawan bole mempengaruhi perjalanan hidup kita di dunia ini. Jika baik berkawan maka baiklah perangai kita, jika jahat berkawan maka jahatlah perangai kita.

Daripada riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."


Jom jadi kawan yang baik!

1 comment:

  1. alaa..xde butang like plak ummi ^_^..betul saye stuju!.pilihlah kawan yang kita rasa boleh bawa kebaikan..sedangkan ikan pun masa beli kita pilih2, apetah kawan,kan? ^_^

    p/s: tapi saye xde kawan dgn ikan tau! hehe

    ReplyDelete