16.1.11

Istikharah

"Ya Allah, jika jodoh saya sudah menghampiri nanti, janganlah saya terpaksa membuat banyak pilihan. Temukan sahaja jodoh yang serasi dengan saya. Yang bersedia menerima saya seadanya. Mengahwini dan menerima bukan kerana saya semata-mata tetapi sudi menerima apa jua keadaan keluarga.

Moga jodoh saya nanti menyayangi emak dan ayah sebagaimana saya menyayangi mereka. Moga jodoh saya mengambil berat kebajikan emak dan ayah sebagaimana saya ingin menjaga kebaikan mereka. Biar nanti, perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan dua hati, malah menjalinkan ukhuwah antara keluarga. Bagaikan isi dengan kuku."

"Ya Allah, yang penting, temukanlah jodoh yang sudi menerima saya sebagai sahabat, kekasih dan isteri. Yang saling kasih-mengasihi sehingga akhir hayat nanti. Sama ada saya ataupun dia yang sakit atau dipanggil oleh-Mu dahulu, kami saling setia sehingga akhirnya kami menemui-Mu, di Firdaus yang satu."

"Ya Allah, jika ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurga-Mu dan menemui jodohnya 'Si Bidadari bermata Jeli' berikanlah saya peluang ya Tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang seketika dari kejauhan. Sekadar di pinggiran. Cukuplah untuk saya tahu dia berada di situ."


"Esok-esok, jika awak bertemu jodoh tetapi mempunyai dua pilihan, lakukan sembahyang sunat Istikharah. Insya Allah! Allah temukan jodoh yang sekufu. Jodoh yang tertulis dalam buku setiap insan."

"Bukankah jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan?"

"Ya, untuk jodoh kita boleh lakukan ia bagi menetapkan hati supaya setiap keputusan yang dibuat, kita tidak menyesal nanti, apatah lagi bersedih. Redha dengan ketetapan dari Allah yang maha kuasa."


Kredit buat Zila housemate untuk buku barunya bulan ini; "travelog cinta abadi, masa yang berlalu..." oleh Roza Roslan

No comments:

Post a Comment