Soalan: "Saya pekerja yang bergaji dan wang gaji dimasukkan ke dalam akaun bank. Adakah itu juga terlibat dengan riba?"
Jawapan: Jika wang gaji anda dimasukkan ke dalam akaun bank di bank konvensional dan bukan ke dalam bank Islam, ia adalah riba. Untuk pengetahuan saudara, akaun bercirikan Islam perlu mempunyai nama sama ada "WADI'AH" atau "MUDHARABAH". Adapun menyimpan di akaun biasa konvensional adalah haram kerana membantu industri riba untuk menggunakan wang simpanan kita bagi tujuan yang haram. Selain itu, ia juga haram kerana pihak bank akan memberikan interest atas wang simpanan kita.
Sekali lagi diingatkan bahawa jika anda tidak mengambil interest itu sekalipun, ia tetap haram, kerana simpanan anda di akaun itu dikira membantu bank konvensional itu menggunakan wang anda untuk aktiviti haram mereka iaitu memberi pinjaman dengan mengenakan riba ke atas orang ramai.
Sumber: RIBA & ISU KEWANGAN SEMASA, Keingkaran Menempah Bencana oleh Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Astaghfirullahal'aziim...sungguh saye tak tahu.
Esok pagi saye ada misi besar untuk dilaksanakan. Buka akaun simpanan wadiah untuk pembayaran gaji saya! Insya Allah saya akan ke cawangan Standard Chartered Saadiq yang baru dibuka di Seksyen 13 Shah Alam bersama-sama housemates yang semuanya bekerja di company yang sama. Moga-moga Allah permudahkan semua urusan~
[selama ni bole kata makan duit gaji haram la..Astaghfirullah.....moga Allah ampunkan dosa-dosa kita hamba yang jahil. pasni banyak lagi urusan peribadi dengan bank perlu diperbetulkan...]

selama ni ummi guna account apa? maybank pun ada akaun wadiah juga, jfyi :)
ReplyDeleteTQ fatimah..currently guna conventional punya StanChart a/c utk salary payroll. so ni nk tukar ke islamic punya saving a/c utk kemasukan gaji seterusnya.. for personal saving mmg guna yg islamic, so no prob la. Alhamdulillah diberikan hidayah nak ambil tahu pasal smua2 ni... pasni mmg kene close la semua konvensional a/c yg ada...
ReplyDelete