1.1.11

I'm back to Public {01.01.2011}

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum, Selamat Tahun Baru 2011 dear all readers~
I'm back to public now. Hope takde la nak private lagi pasnih.

Mesej tahun baru: Sukalah Apa Yang Ada

Dalam hidup ini, kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat. Kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripada-Nya.

Kita hanya diberi ruang dan keizinan untuk merencana dan merancang, tetapi yang mutlak memegang ketetapan takdir adalah Dia yang serba maha di atas segala!

Ingatlah! Ada perkara yang kita sangka baik, rupanya buruk untuk kita. Ada perkara yang kita ingatkan sesuatu yang buruk, tetapi sebaliknya tersimpan kebaikan untuk kita.

Hukum aturan-Nya telah menetapkan begitu. Maka pandanglah pada dimensi yang pelbagai dan setepatnya. Lihatlah yang tersirat dari yang tersurat. Fahamilah akan hakikat dari setiap ketentuan.

Bangunlah kita selaku insan yang berjiwa besar. Tataplah warna-warna dalam kehidupan ini dengan riang dan gembiranya. Tatanglah limpahan nikmat yang dikecapi bersama jiwa yang damai dan bahagia. Lemaskan hati dalam lautan kesyukuran yang tidak bersempadan. Bersimpuhlah di gerbang takdir-Nya selaku hamba yang tunduk, akur, pasrah dan menyerah!

Alhamdulillah masih bernafas~

1 comment: