Niat sangat menentukan hidup kita. Dan Allah memperlakukan kita sesuai dengan niat kita.
Bagi orang yang "lurus niatnya", hidup ini adalah pentas untuk membuktikan kehambaan dan penyerahan dirinya kepada Allah s.w.t. Dengan bangga ia berkata, "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
Ada orang yang "tersalah niat", malah "tidak punya niat" dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Orang seperti ini tidak sedar arah dan tujuan hidupnya. Bagi mereka, hidup ini tidak lain setakat silih berganti siang dan malam, dan tidak ada misi yang mesti dilaksanakan.
Mari kita renungi sejenak dan ajukan beberapa soalan asas berkenaan dengan hidup kita. Adakah niat dan visi hidup yang kita pegang selama ini benar? Ke manakah arah hidup kita? Apa ukuran kejayaan yang menjadi panduan kita? Dan lebih penting lagi, apakah target yang mesti kita raih selama beberapa puluh tahun hidup kita di dunia ini?
Bersabar menuju kedewasaan, dengan iman!

No comments:
Post a Comment