"Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." - Surah al-Anbiya':35
Mengecilkan Masalah Hidup
Nafikanlah hidup itu macam-macam. Sememangnya, kita tidak mampu menafikannya kerana hidup memang macam-macam; soal jodoh, rezeki, kerjaya, persahabatan, percintaan, keluarga, anak-anak, ibu bapa, mentua, wang bahkan segala-galanya. Setiap orang punya jalan cerita yang berbeza-beza dan setiap orang ada sejarah tersendiri yang tidak pernah sama.
Meniti hidup memerlukan pergantungan padu pada Ilahi, barulah hidup lebih mudah untuk dilalui. Bagaimana kita hendak mengadakan hidup itu menarik andai orang lain semuanya senang sedangkan kita sentiasa susah; orang lain kaya raya sedangkan kita miskin papa kedana; orang lain anak-anaknya berjaya tetapi anak kita terhuman ke pusat serenti? Tanpa kepercayaan serta pergantungan padu terhadap Allah yang mengadakan semua itu, memang hidup payah untuk dilalui seadanya.
.
.
.
Bukankah hidup itu macam-macam dan pelbagai? Ada orang mudah sekali meniti hidupnya; perniagaannya menjadi, kesihatan pun baik, muka pun cantik tetapi ada insan lain pula ibarat sudah jatuh ditimpa tangga berkali-kali. Tanpa penyerahan total terhadap Ilahi, mana mungkin semuanya itu dapat dilalui dengan tenang dan redha. Percayalah pada qada dan qadar yang telah ditentukan dan pasti anda dapat merasakan kedamaiannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud,
"...Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata, sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku, tetapi katakanlah, itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya 'kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan." - Riwayat Muslim
Hidup mesti dilihat dari sudut yang berbeza apabila menempuh sesuatu yang berbeza. Tatkala ditimpa musibah, lihatlah musibah yang lebih teruk menimpa orang lain.
.
.
.
Sesungguhnya kita harus bersedia dengan bermacam-macam persediaan tetapi yang utama iaitu penyerahan kukuh kepada Pencipta. InsyaAllah selalunya mudah dilalui dan dihadapi. Meniti hidup memang memerlukan pergantungan padu pada Ilahi, barulah hidup lebih mudah untuk dilalui.
No comments:
Post a Comment