Di pertengahan jalan apa yang akan berlaku kita tidak pernah tahu. Kadang-kadang terkena kemalangan, kadang-kadang sampai dengan selamatnya tetapi tiga bulan kemudian mendapat surat saman trafik. Itu menunjukkan kita memang jahil tentang kehidupan mendatang kita. Apa yang kita persiapkan dan apa yang kita harapkan mungkin menjadi tetapi tidak semestinya juga begitu.
Dalam apa keadaan sekalipun, yakinlah ada rahsia besar yang tersembunyi di sebalik apa juga. Sama ada nikmat atau bala, rahsia besar yang mengintai di sebaliknya itu pasti menguji jiwa kita untuk bersyukur akhirnya. Percaya?
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui...
"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." - Riwayat al-Hakim
"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." - al-Insyirah : 6
...Hidup memang pelbagai dan macam-macam. Apa yang akan berlaku dalam hidup memang sukar dijangkakan. Kita hanya boleh membuat unjuran, sambil berusaha, berdoa, ikhtiar dan tawakal, selebihnya kita serahkan kepada Allah menentukannya.
[credit to Pakcik Gugel, terime kaseh~~]
Namun, apapun ingatlah, Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Setiap yang berlaku hari ini mungkin menyimpan sejuta rahsia pada hari esok. Rahsia besar itu adalah cabaran untuk kita tempuh dengan sabar dan redha. Apa juga bentuknya, usah terlalu disesali andai ia berupa petaka kerana hujungnya tidak pernah kita tahu. Jika rupanya berbentuk nikmat, usah pula terlalu dirai kerana kita juga tidak tahu apakah petaka yang sedang menanti.
Yang penting, lalui hidup dengan penghambaan total terhadap Ilahi. Lakukan sebaik mungkin sebagai hamba yang bertuhan kerana Dia Maha Mengetahui segalanya.

boleh tak saya cakap
ReplyDeleteseperti konsep redha selepas apa yang berlaku
*terima kasih.dan saya masih menghayati konsep ini untuk muhasabah