Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya, roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah SWT kepadanya. Maka takutlah kepada Allah dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak dapat diperoleh melainkan dengan cara ketaatan." (Ibn Majah & Attabrani)
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya daripada meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kimat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan muka berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam." (Attabrani)
...memang susah sikit, memang sakit sikit, tapi percayalah setiap kesusahan akan berakhir dengan kesenangan, sebaliknya kesenangan tak mustahil berakhir dengan kesusahan. Selagi hidup namanya, kita semua tertakluk pada hukum ini. Hari ini mungkin okey, besok belum tentu. Hari ni tak okey sangat, besok pon belum tentu. Rezeki kita tak siapa tahu, kalau nak tahu kenalah berusaha ambil tahu, caranya cari kerja atau berusaha...
...dan ingat juga kesusahan kita kadang-kadang sebab memang Allah nak bagi kita insaf, supaya kita beringat sikit. kalau tak, tak perasan buat dosa banyak-banyak...
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman, "Demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, Aku tidak akan mengeluarkan seseorang, yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya dan kepicikan pada rezekinya." [kekurangan rezeki adalah kifarah; penghapusan dosa juga]
Daripada Anas bin Malik r.a. katanya, "Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)." (Bukhari)
No comments:
Post a Comment