Ya Allah,
Alhamdulillah, terima kasih!
terima kasih
kerana mengizinkan diri ini untuk terus bernafas,
terus menghirup udara percuma hingga ke saat ini,
dalam rahmat & kasih sayang-Mu.
Alhamdulillah, terima kasih!
terima kasih
kerana mengizinkan diri ini untuk terus bernafas,
terus menghirup udara percuma hingga ke saat ini,
dalam rahmat & kasih sayang-Mu.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan." (Sahih Bukhari)
Sama ada sedar atau tidak, semua petanda awal kiamat sudah ditunjukkan. Sama ada petanda kecil atau besar, itu bukan pengukurnya. Amaran demi amaran sudah diberikan. Namun, adakah manusia cuba bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan lalu dan terus beramal dan beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Untuk entry kali ni, nak ajak kamu2 yg tergerak hati nak klik kat tajuk posting ni untuk sama2 baca, hayati dan ambil pengajaran daripada terjemahan surah Al-Waaqi'ah yang menceritakan tentang Hari Kiamat yang PASTI akan tiba. Moga-moga kamu2 bisa faham dan buat muhasabah diri...
Ingatlah, hari yang berganti tahun bermakna umur kita yang semakin memendek. Kenang-kenang jejak yang kita tinggalkan. Macam mana ibadah kita...Biar apa yang kita rancang tak berapa tercapai, tak berapa menjadi, tapi biarlah yang penting kita lebih manusia daripada syaitan. Itu sangat penting utuk kita ambil tahu. Jangan buat-buat tak tahu. Tak ada gunanya kecemerlangan yang tak boleh diterjemahkan sebagai keredhaan Allah. [Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj]
Sama ada sedar atau tidak, semua petanda awal kiamat sudah ditunjukkan. Sama ada petanda kecil atau besar, itu bukan pengukurnya. Amaran demi amaran sudah diberikan. Namun, adakah manusia cuba bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan lalu dan terus beramal dan beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Untuk entry kali ni, nak ajak kamu2 yg tergerak hati nak klik kat tajuk posting ni untuk sama2 baca, hayati dan ambil pengajaran daripada terjemahan surah Al-Waaqi'ah yang menceritakan tentang Hari Kiamat yang PASTI akan tiba. Moga-moga kamu2 bisa faham dan buat muhasabah diri...
Ingatlah, hari yang berganti tahun bermakna umur kita yang semakin memendek. Kenang-kenang jejak yang kita tinggalkan. Macam mana ibadah kita...Biar apa yang kita rancang tak berapa tercapai, tak berapa menjadi, tapi biarlah yang penting kita lebih manusia daripada syaitan. Itu sangat penting utuk kita ambil tahu. Jangan buat-buat tak tahu. Tak ada gunanya kecemerlangan yang tak boleh diterjemahkan sebagai keredhaan Allah. [Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj]
*****
Surah Al-Waaqi'ah terdiri atas 96 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surat Thaa Haa. Dinamai dengan Al-Waaqi'ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi'ah yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
1. Apabila terjadi hari kiamat,
2. terjadinya tidak dapat didustakan (disangkal).
3. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain).
4. Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,
5. dan gunung-gunung dihancurluluhkan sehancur-hancurnya,
6. maka jadilah ia debu yang beterbangan,
7. dan kamu menjadi tiga golongan,
8. iaitu golongan kanan [Orang-orang yang menerima buku catatan amal mereka dengan tangan kanan], alangkah mulianya golongan kanan itu,
9. dan golongan kiri [Orang-orang yang menerima buku catatan amal mereka dengan tangan kiri], alangkah sengsaranya golongan kiri itu,
10. dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga),
11. mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah)
12. Berada dalam syurga kenikmatan,
13. segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu [Seluruh umat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dan yang dimaksud orang yang kemudian ialah umat Nabi Muhammad s.a.w.],
14. dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.
15. mereka berada di atas dipan-dipan yang bertatahkan emas dan permata,
16. mereka bersandar di atasnya berhadap-hadapan.
17. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda,
18. dengan pembawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir,
19. mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk,
20. dan buah-buahan apa pun yang mereka inginkan,
21. dan daging burung apa pun yang mereka inginkan
22. dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah,
23. laksana mutiara yang tersimpan baik.
24. Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.
25. Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa,
26. tetapi mereka mendengar ucapan-ucapan salam.
27. Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu.
28. (Mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri,
29. dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),
30. dan naungan yang terbentang luas,
31. dan air yang mengalir terus-menerus,
32. dan buah-buahan yang banyak,
33. yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya,
34. dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk.
35. Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung [Mereka diciptakan tanpa melalui kelahiran dan lansung menjadi gadis],
36. dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan.
37. penuh cinta lagi sebaya umurnya.
38. (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan,
39. (iaitu) segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu.
40. dan segolongan besar pula dari orang-orang yang kemudian.
41. Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu?
42. Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih,
43. dan dalam naungan asap yang hitam.
44. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan.
45. Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewahan.
46. Dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.
47. Dan mereka selalu mengatakan: "Apakah bila kami mati dan menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kami akan benar-benar dibangkitkan kembali?
48. apakah bapak-bapak kami yang terdahulu (juga)?"
49. Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian,
50. benar-benar akan dikumpulkan di waktu tertentu pada hari yang dikenal.
51. Kemudian sesungguhnya kamu hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan,
52. benar-benar akan memakan pohon zaqqum,
53. dan akan memenuhi perutmu dengannya.
54. Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas.
55. Maka kamu minum seperti unta yang sangat haus minum.
56. Itulah hidangan untuk mereka pada hari Pembalasan."
57. Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan?
58. Maka terangkanlah kepadaku tentang nutfah yang kamu pancarkan.
59. Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya?
60. Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan,
61. untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (dalam dunia) dan menciptakan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.
62. Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?
63. Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam.
64. Kamukah yang menumbuhkannya atau Kamikah yang menumbuhkannya?
65. Kalau Kami kehendaki, benar-benar Kami jadikan dia hancur dan kering, maka jadilah kamu heran dan tercengang.
66. (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami benar-benar menderita kerugian",
67. bahkan kami menjadi orang-orang yang tidak mendapat hasil apa-apa.
68. Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum.
69. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?
70. Kalau Kami kehendaki, niscaya Kami jadikan dia asin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?
71. Maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kamu nyalakan (dengan menggosok-gosokkan kayu).
72. Kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya?
73. Kami jadikan api itu untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir di padang pasir.
74. Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang Maha Besar.
75. Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran.
76. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.
77. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia,
78. pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh),
79. tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.
80. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin.
81. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini?
82. kamu mengganti rezeki (yang Allah berikan) dengan mendustakan Allah.
83. Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan,
84. padahal kamu ketika itu melihat,
85. dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu. Tetapi kamu tidak melihat,
86. maka mengapa jika kamu tidak dikuasai (oleh Allah)?
87. Kamu tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya) jika kamu adalah orang-orang yang benar?
88. adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah),
89. maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta jannah kenikmatan.
90. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan,
91. maka keselamatanlah bagimu kerana kamu dari golongan kanan.
92. Dan adapun jika dia termasuk golongan yang mendustakan lagi sesat,
93. maka dia mendapat hidangan air yang mendidih,
94. dan dibakar di dalam jahannam.
95. Sesungguhnya (yang disebutkan ini) adalah suatu keyakinan yang benar.
96. Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Rabbmu yang Maha Besar.
"Ya Allah Tuhanku
Yg merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa
Dalam agamamu
Jua taat akan perintahmu"
No comments:
Post a Comment