22.12.09

Yang difikirkan, Yang dirasakan

sebelum nak amek wudhu' utk solat maghrib tadi, batuk2 dgn sangat teruk sampai termuntah2.. [uuhh..pahit rasa tekak] ya Allah...mungkinkah ini kerana masih banyaknya dosaku yg belum habis dikifarah? ampunkanku ya Allah, jangan Kau bebankanku dgn apa yg tak ku terdaya..

akhir2 ni, mental+fizikal rasa mcm tak berapa stabil. bukan nak merungut, jauh lagi nak mengeluh. tapi buat minda berfikir dan hati tertanya2, kenapa ek? mungkin sbb dah semakin jauh dari Dia, selalu lalai, banyak leka..sebab apa? banyak sebab, tapi tak pasti...[oohh..bikin pusing kepala]

akhir2 ni, pantang kalo terkena hujan sikit, bila lambat mandi dgn basahkan kepala, alamatnya memang selesema+batuk menyerang dgn gumbiranya. maka bila dah diserang, dekat seminggu jugaklah baru betol2 okey semula. telan panadol actifast mcm da takde kesan dah. sistem pertahanan badan mcm dah tak sekuat sebelum2 ni.

akhir2 ni, ada banyak bende yg bermain2 dlm kotak fikiran [sapelah yg start ckp fikiran ni kotak, ntah hape2...nape tak bulat ke, bujur ke..pelik gak bila pikir2 balik]. ape ek yg main2 dlm kepala ni? hidup. keje. duit. mak ayah. adik-beradik. jodoh. kawen. kawan. dosa. amalan utk bekal mati nanti. masa depan. jiwa kacau...

teringat kat mak ayah, adik2 kat umah, nak balik umah!!! music of the family sungguh menenangkan. nak balik hujung minggu ni or new year nanti? last week dah arrange schedule ngan metro driving nak masuk bengkel motor 25hb ni. tapi rasa mcm nk tukar lagi la. nak balik Tenggaroh..

teringat sms dari mak petang sebelum masuk tahun baru hijrah lalu, "baca doa awal & akhir tahun, doa ko cepat dpt jodoh". dibalas, "eh, mak nak akak kawen cepat ke? baru nak start keje ni mak..nape tetibe mak pesan gitu?". mak balas balik, "a'ah, yer la, nak dpt jodoh kan lambat, doalah sekarang." owh..camtu ke? mak dah mula risau ke? ntah.

fikir soal hidup - hidup kat dunia ni sementara jer. bila2 bole mati. kiamat pasti akn tiba bila2 jer. dah sedia? owh..terlalu banyak yg perlu difikirkan.

hari ni & semalam klas separuh hari jer. seronok dpt balik awal. tapi start esok, balik lambat 1 jam sbb dah agree nak buat discussion utk SCJP that will be taken on Feb next year. perlu bertahan! dari semalam sampai hari ni badan rasa tak sedap jer..possibility nak demam mmg ada. moga Allah beri kesihatan yg lebih baik esok hari.

Firman Allah, "Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut, 2-3)

No comments:

Post a Comment