Subhanallah!
gerimis senja itu indah sekali,
hati terasa tenang,
damai,
sungguh sempurna,
sempurna sekali ciptaan-Mu ya Allah!
Subhanallah, cantik!
tapi,
dalam tenang dan damainya hati,
ada terselit gusar,
risau,
takut.
di waktu senja yang indah begitu,
mungkin ada yang memerhati,
selain daripada-Mu,
si makhluk diperhati oleh sang makhluk,
yang dilihat,
tak dapat dilihat oleh yang melihat,
takut kan?
mungkin tidak
bagi yang tidak dapat melihat,
mungkin juga tidak
kerana tidak yakin,
tidak yakin akan wujudnya,
penghuni alam selain si "lupa",
si "lupa" yang dinamakan manusia.
ya Allah,
lindungiku dari sebarang gangguan,
gangguan dari mereka,
yang juga makhluk-Mu itu.
ku tahu mereka hidup,
mereka punya hak,
punya hak memiliki kehidupan,
seperti kami,
si "lupa" yang selalu lupa,
hidup sementara,
di bumi pinjaman ini.
maafkanku ya Allah,
atas segala dosa,
sepanjang hari ini,
sepanjang merentas titian hidup ini,
sehingga ke saat ku temukan senja yang indah itu,
sehingga saat ini,
sehingga ketika ini.
moga-moga,
bisa kutemukan lagi,
gerimis senja yang indah itu...
Syukur, Alhamdulillah.
*tinta Farhha, 14 Disember 2009, 9.56pm, Shah Alam
p/s: Terima kasih kat pakcik driver bas [005122] rapidKL [WPL 763] sebab tolong lipatkan payung yang basah masa hampir-hampir terjatuh masa naik bas kat depan TESCO petang tadi. moga Allah ampunkan semua dosa pakcik sepanjang hari ini. =)
p/s 2: Johor & Terengganu mahu ikut jejak langkah Selangor tetapkan kadar baru mas kahwin RM 300[haha..suka2, anak Johor da jadi semakin mahal! proud to be Johorian. bole tak? aahh..i don't care 0_o]
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
gerimis senja itu indah sekali,
hati terasa tenang,
damai,
sungguh sempurna,
sempurna sekali ciptaan-Mu ya Allah!
Subhanallah, cantik!
tapi,
dalam tenang dan damainya hati,
ada terselit gusar,
risau,
takut.
di waktu senja yang indah begitu,
mungkin ada yang memerhati,
selain daripada-Mu,
si makhluk diperhati oleh sang makhluk,
yang dilihat,
tak dapat dilihat oleh yang melihat,
takut kan?
mungkin tidak
bagi yang tidak dapat melihat,
mungkin juga tidak
kerana tidak yakin,
tidak yakin akan wujudnya,
penghuni alam selain si "lupa",
si "lupa" yang dinamakan manusia.
ya Allah,
lindungiku dari sebarang gangguan,
gangguan dari mereka,
yang juga makhluk-Mu itu.
ku tahu mereka hidup,
mereka punya hak,
punya hak memiliki kehidupan,
seperti kami,
si "lupa" yang selalu lupa,
hidup sementara,
di bumi pinjaman ini.
maafkanku ya Allah,
atas segala dosa,
sepanjang hari ini,
sepanjang merentas titian hidup ini,
sehingga ke saat ku temukan senja yang indah itu,
sehingga saat ini,
sehingga ketika ini.
moga-moga,
bisa kutemukan lagi,
gerimis senja yang indah itu...
Syukur, Alhamdulillah.
*tinta Farhha, 14 Disember 2009, 9.56pm, Shah Alam
p/s: Terima kasih kat pakcik driver bas [005122] rapidKL [WPL 763] sebab tolong lipatkan payung yang basah masa hampir-hampir terjatuh masa naik bas kat depan TESCO petang tadi. moga Allah ampunkan semua dosa pakcik sepanjang hari ini. =)
p/s 2: Johor & Terengganu mahu ikut jejak langkah Selangor tetapkan kadar baru mas kahwin RM 300[haha..suka2, anak Johor da jadi semakin mahal! proud to be Johorian. bole tak? aahh..i don't care 0_o]
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
No comments:
Post a Comment