17.11.09

Apa yang Kita Cari dalam Hidup ini?

hari ini
kita semakin sibuk
sibuk dengan urusan dunia
yang seolah-olah tiada kesudahannya

hari ini
kita sibuk cari
apa yang akan kita tinggalkan
bukan apa yang akan kita bawa
sebagai bekalan
menuju ke alam selepas ini

cuba renungkan sebentar...
inilah hakikat kehidupan hari ini
hakikat hidup manusia hari ini

kita sibuk mencari harta
kadang-kadang sampai terlupa
banyak mana harta yang kita ada
untuk perbelanjaan
menuju ke alam sana

kita sibuk mencari nama
kadang-kadang sampai terlupa
nama-nama agung Pencipta kita

kita sibuk mencari pangkat
kadang-kadang sampai terlupa
pangkat kita disisi Allah

kita hanyalah manusia yang selalu lalai
selalu lupa, selalu leka
tetapi itu bukan alasan untuk kita
mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba
sepanjang hayat yang sementara ini

namun,
selagi Allah sentiasa di dalam hati
insyaAllah,
akan sentiasa ada jalan
untuk kita hampir kepada-Nya
cuma kita sahaja yang sedar ataupun tidak

peliharalah hati
jagalah kesuciannya
jangan biarkan ia mati
jangan biarkan ia hitam
oleh sebab dosa dan maksiat

Allah sayangkan hamba-hambanya
yang sentiasa bertaubat
hanya hati-hati yang suci bersih
yang akan mendapat perhatian Allah
dan diberikan hidayah untuk sentiasa kembali
ke landasan hidup yang diredhai-Nya

moga kita akan tergolong
dikalangan umat Muhammad s.a.w.
yang akan menerima buku amalan
melalui tangan kanan
pada hari yang pasti akan tiba itu nanti

*tinta Farhha, 16 November 2009, 10.05pm, Shah Alam

No comments:

Post a Comment