Hari Sabtu, senyum kita bertambah mutu, kita nak jadi nombor satu. Syabas yang macam tu, moga2 mutu bertambah2 mutu.
Tuan, puan, dik, kak, makcik, pakcik, datuk, datin tak payah susah hati dengan apa kita, siapa kita, bagaimanapun kita, peminatnya pasti ada. Tak usah risau macam mana rupa kita, apa kerja kita, macam mana bentuk badan kita, kaya ke tak kita, pandai ke bodoh kita, peminatnya pasti ada.
Hal ini benar, bukan saja pada perkara2 baik, perkara2 buruk pon sama. Kalau tak, kenapa ada orang sanggup berkorban untuk bekerja dengan penjahat. Penjahat pon ada peminatnya.
Lagilah perkara baik, lagilah kalau kita ni baik, memang ada peminat dan pengikutnya, jangan susah hati.
Jadi, saya ni nak pesan dan nak bagi motivasi sikit pada semua orang, terutama wanita yang rasakan tak berapa cun samapi kononnya susah nak dapat jodoh. Jangan sampai hilang motivasi diri, kekuatan dalaman sebab apapun ada peminatnya. Anda belum jumpa peminat anda, itu aje.
*
*
*
Jadi, kak, dik, bang, pakcik, makcik, datuk, datin, jangan susah hati sangat dengan diri kita. Kalau sepuluh tak suka, kita hanya belum jumpa satu yang suka tu. Bukan soal tiada jodoh, tapi itulah relaks namanya. Relaks kak, bang, dik. Yakin, diri kita ciptaan Allah yang terbaik. Walaupun orang gagal menilai diri kita, kita tetap unggul, anggun bukan tunggul. Ya tak?
Lalui, depani, jalani hidup anda, yakin bahawa esok matahari mencerlah merah biarpun hakikatnya mendung di hujung horizon.
[Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, NAK JADI JADI]
Masalah yang dilalui dengan rasa susah lebih susah untuk selesai berbanding masalah yang dilalui dengan selamba dan tak terlalu berduka.

No comments:
Post a Comment