28.11.09

10 days of Introduction to SQL (Oracle)

seminggu lebih da tak hapdet blog ni. banyak bende nak cerita. setiap hari balik kelas ada benda nak cerita. tapi internet sengal sejak minggu lepas. hari ni baru ok. tak tahulah kenapa...haish..geram tau! [haha..sudah2 la tu..dah tak ingat da bende2 yang nak cerita tu. biar laa..nak buat macam mane kan?]

Module : Introduction to SQL (Oracle)
Date : November,21 - December, 1 2009
Venue : Flextronics Room, Level 4, SHRDC
Instructor : Leong

hari ni hari ke-7 training on SQL. kelmarin kat Shah Alam. semalam kat Johor. hari ni dah kat Shah Alam semula. penat. sakit badan tido dlm bas. pagi tadi pegi kelas lambat. [haha..padan muka Leong! datang lambat sebagai tanda protes tak dapat cuti raya sampai Ahad. orang lain semua cuti sampai Ahad, tetibe sesedap dia jer decide buat kelas hari Sabtu. mentang2 bukan raya dia..huhu~~ takpe2, bende da jadi, tak gune nak kata lebih2] Esok, ada kelas lagi. start jam 9 pagi sampai 5 ptg. penat akan bertambah penat dan menjadi lebih penat menjelang hari Isnin sbb kena prepare utk 3 hours assesment on that day. moga Allah terus berikan kekuatan untuk menjengah hari esok dan seterusnya..

teringat satu perkara; semalam kat umah, lepas kekenyangan bedal ketupat, sambil duduk2 borak2 ngan mak, belek2 kad jemputan kawen dari kawan lama yg sama sekolah menengah form1-3;Juliana Othman Abadi. Ju nikah esok! huaaaaa..tak dapat pegi...last 2 weeks masa Ju tepon, cakap ngan dia InsyaAllah akan datang ke umah dia, tapi dgn situasi sekarang, memang tidak memungkinkan! Ju, mintak maaf tak dapat memenuhi undangan. tengok alamat umah pengantin laki plak, kat Pontian. alamak...payah nak ke sana. memang tak dapat pegi la jawabnya...walau apa pun, Selamat Pengantin Baru buat kamu Juliana! Moga berbahagia dalam kasih sayang & rahmat Allah. [nak kumpul pahala extra lebih mudah bila dah masuk ke alam berumahtangga. moga Allah permudahkan jalan buat diri ini menuju ke alam tersebut sebelum usia menjangkau angka 27, InsyaAllah..hehe]

*a message from Celcom last week>>
"Dear candidate, I would like to call you for an interview this week. Date: 25th November 2009 (Wednesday). Time: 8.45am. Address: Level 12, Menara Celcom KL. Please reply with your full name to confirm your interview slot. Thank you. - Mohd Hilmi Bakar, Celcom (M) Berhad -"

*my answer>>
"Dear Mr. Hilmi, thank you very much for the interview invitation. I feel very happy & really appreciate that but I'm sorry to say that I will not come & can't come to the interview bcoz currently I'm undergoing 6 months INSEP training & I need to finish the training no matter what as I already signed RM16000 agreement sponsored by government."
[3 missed call from Celcom last week. all the 3 calls tak dapat jawab sbb dlm kelas. mungkin ni lah juga yg dikatakan belom ada rezeki lagi..Celcom panggil lambat sangat. dah sign agreement, baru dapat call..takpelah, biarkan...rezeki Allah itu maha luas..]


**7 books - reading pending
1) Men are from Mars, Women are from Venus - John Gray
2) Travelog Seorang Da'i - Abdul Rahman Mohamed
3) Cinta Hati Kita - H.M. Tuah Iskandar
4) Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel - Abdul Latip Talib
5) Bercinta Sampai ke Syurga (Aku Terima Nikahnya 2) - Hasrizal Abdul Jamil
6) Nota Hati Seorang Lelaki - Pahrol Mohd. Juoi
7) Kitab Mutlaal Badrin wa Majmaal Bahrin [lebih femes dgn sebutan Mutlaal Badrin]

**current list to buy [mane nak cari duit?]
+Tip-tip Efektif Pimpin Rohani Al-Ghazali Buat Remaja - Deden Himawan
+Petunjuk Jalan Lurus - Ustaz Emran Ahmad
+Bukan Main Lagi - Dr. H.M. Tuah Iskandar al-Haj
+Jom Mengetop -
Dr. H.M. Tuah Iskandar al-Haj
+Membina Cinta Suci -
Dr. H.M. Tuah Iskandar al-Haj
+Formula Solat Sempurna - Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
+Menjawab Persoalan Makhluk Halus - Dr. Haron Din
+Quranic Law of Attraction - Rusdin S.Rauf
+Dunia Kartun Motivasi AMAR [da lama cari tapi still tak jumpa sampai hari ni]
+Kitab Kifayatul Ahyar



"Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang. Tak mampu buat semua jangan tinggal semua."

No comments:

Post a Comment