9.11.13

Workshop Dunia Pelaburan Saham, Emas & Hartanah @The Regency Hotel, KL


Pagi-pagi masa sesi start J share 4 basic magnet - 4S - must do EVERYDAY:

  1. Sujud Subuh
  2. Sucikan diri - istighfar 100X
  3. Selawat
  4. Sedekah


Overview tentang dunia pelaburan oleh Haji J (Zafrol Rizal Mat a.k.a Jerry Rizal)

Kenapa Hartanah?
Malaysia mensasarkan jumlah penduduk seramai 75 juta orang untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sekarang baru ada 30 juta penduduk. Kerajaan still revise hartanah - harta atas tanah. Johor tempat yang patut untuk invest; buat homestay, hotel - sangat membangun - Nusajaya.. J tanya, "Kat mana lagi bandar besar kat Malaysia ni yang Melayu pegang?" Satu dewan senyap. "Only Johor!" Jawab J. Shah Alam? Ada isu. Lagi satu, tentang tanah pertanian, ramai yang tak tahu. Jangan jual tanah berstatus tanah pertanian! Upgrade kepada tanah bangunan, then boleh jual dengan harga komersial - 80 ke 100 kali ganda beza nilainya. Always refer kepada akta. Value your money!

Why GOLD?
Dijangkakan pada tahun 2014, 2015 ekonomi jatuh, duit susut nilai. J tanya, "Apa yang you ada? Ada sekilo emas kat umah?" Sentap hakak! Cincin, gelang, rantai pun takde ni haa..miskin emas hakak ni.. :(

Kenapa Saham?
'Buat duit atas angin'. Dapat duit, beli emas, simpan. Nampak prospek bagus, beli property. Apply MITI share! Fikir cara untuk melabur dengan betul.

$ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $

Pelaburan EMAS oleh IR Sofian
Nama penuh beliau ialah Mohd Sofian bin Abdullah. IR Sofian ni orang Muor, Johor! Beliau mendapat gelaran IR pada usia 30 tahun.


Emas mengekalkan kekayaan. Buat duit, then cari bila harga emas paling rendah, beli. Harga emas akan jatuh, tapi macam mana pun akan bounce back. IR Sofian share tentang Magnet 5K:

  1. Kebahagiaan
  2. Kekayaan
  3. Kesihatan
  4. Keberkatan
  5. Kejayaan

Emas mempunyai tarikan yang tersendiri. Magnet kekayaan, kebahagiaan & amanah untuk kita jaga. Antara yang dikongsikan oleh IR Sofian dalam slot beliau ialah:

  • Macam mana nak beli emas; teknik 'Memecahkan tembok untuk memiliki emas' - kami diajar tentang cara how to allocate /  formula untuk yang masih bekerja untuk memiliki emas
  • Bagaimana emas boleh jadi legacy untuk anak-anak atau untuk kawen - kami diajar bagaimana untuk membuat perkiraan memiliki dinar emas untuk anak-anak atau untuk tujuan kawen..
IR Sofian pesan, emas kalis inflasi. LHDN tak dapat hidu kalau kita simpan emas..

$ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $


Pelaburan SAHAM oleh Haji Asri
Haji Asri ni umur dia 37 tahun. Graduan ITM Segamat (sekapal ngan Dr. Azizan Osman belajar Diploma Analisis Pelaburan)


Hj. Asri cakap, "Mana ada pelaburan yang boleh bagi gurantee return. Kalau ada, dalam Islam ianya haram!"

Pelaburan perlukan extra fund; simpanan. So macam mana nak cetak duit daripada saham? Ada 5 perkara kena buat:

  1. Cari duit
  2. Buat simpanan - pasaran sentiasa ada, jangan risau
  3. Cari ilmu macam mana nak terlibat dalam saham/pelaburan
  4. Sasaran syarikat mana nak labur - saham/emas/property
  5. Doalah cepat berlaku krisis! Ohh..apakah.. Hj. Asri explain, setiap kali berlaku krisis, akan wujud jutawan baru. Nak jadi jutawan tak?
Stock market dengan emas/property ada correlation. Kena belajar! Bukak akaun saham! Macam mana? Pi tanya ngan orang yang tahu la..

Start changing how the way we think. J bagi tahu, ada 3 fakta tentang pelaburan:
  1. Pelaburan bukan perjudian
  2. Pelaburan bukan skim cepat kaya
  3. Pelaburan ialah mengeluarkan sejumlah wang yang anda ada untuk dilaburkan
Setting what you want! Matlamat. You have to learn, you have to decide. Learn, then only you make decision!

$ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $


Pelaburan HARTANAH oleh Saufi Karim
En. Saufi Karim ni ex-Petronas..sekarang fokus buat pelaburan hartanah tanpa modal..antara yang beliau share:


H - House
A - Appreciate (kenaikan)
R - Repayment (financing)
T - Timing
A - Aim; your goal

Macam mana nak beli rumah tanpa modal? Jawapannya..cari rumah yang tak payah bayar 10% down payment! Use other people's money a.k.a DOL (duit orang lain). The power of leverage..you gain the profit when you buy.. Beli rumah diskaun 10% - dah jimat deposit. Then pegi bank buat financing 90%. Make sure you tahu, you aim nak beli rumah nak buat apa? Flip? Rental income?

Antara cara lain nak buat duit dengan rumah ialah sewa rumah, then sewakan kat orang lain.

Kalau nak beli property, boleh refer kat 2 website nih:

  1. http://www.propertywtf.com.my/
  2. http://www.saufikarim.com/


$ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $ * $

Sesi Q&A - antara benda-benda penting yang saya sempat take note daripada sesi ni:

  • "Kalau you takde plan, ape pun tak jadi!" - Hj. Asri
  • Kalau pegi tengok rumah, tanya developer soalan-soalan yang sentap. Contohnya, "Apa offer you nak bagi kita nak beli rumah ni?"
  • Profiling - kapasiti untuk approve loan. "Aku ni laku ke tak di mata bank." Make sure profile kita cantik, beware dengan credit card punya record.
  • "Sekarang gaji bawah 5K jangan mimpi nak beli rumah." - Hj. Asri
  • "Duit kita, kita valuekan sendiri - tu namanya freedom.." - IR Sofian
  • Kenapa kena tahu dunia pelaburan?
    1. Wealth Creation - saham
    2. Wealth Protection - emas; kalis inflasi
    3. Wealth Preservation - properties
    4. Wealth Distribution - ilmu, zakat, sedekah
  • Personal loan pada pandangan bank adalah bad debt - sebab tak clear. Weighted sangat susah bila nak apply for loan house
  • Untuk saham, unless for IPO MITI, jangan buat loan!

No comments:

Post a Comment