30.7.13

Live by Design - Part #4

1) Bagaimana untuk memulakan hari yang produktif?
-Bangun awal pagi
-Berpagi-pagi dengan memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya; bagi quote positif kat Facebook
-Bersyukur kerana masih hidup lagi, suami masih ada, masih panjang umur
-Tengok cermin dan senyum. Cakap pada diri sendiri, "Apa yang aku boleh buat hari ini untuk dapat Syurga dan jauh daripada api neraka."
-Sunnah Nabi, bangun pagi basuh tangan
-Gunakan waktu pagi bersama keluarga
-Bangun pagi dan lihat wajah ibu
-Dengar positive affirmation

2 Bagaimanakah cara untuk memberi manfaat kepada orang ramai?
-Gembirakan orang lain dengan senyuman
-Share positive quotes di wall Facebook
-Kongsi ilmu yang bermanfaat



3) Apakah formula tepat yang disebutkan oleh Prof. Dr. Muhaya?
"Tidak ada orang yang jaga ibu, hidupnya tidak senang dan tidak ada orang yang tak berjaya yang tak baik dengan ibunya." Ini kerana, menurut Prof. Dr. Muhaya, Nabi Muhammad SAW pernah berkata, "Orang yang paling celaka ialah ibunya sudah tua tetapi tidak dapat rahmat daripada ibunya." Itulah orang yang paling rugi dalam hidupnya.

4) Apakah tujuan hidup kita di muka bumi ini?
Tujuan hidup kita ialah untuk dapatkan pengakhiran yang baik (fi husnul khotimah). Siapa yang dapat husnul khotimah, insyaAllah:
-bila masuk kubur; taman syurga
-bila di padang mahsyar kelak; akan dapat lindungan arasy
-bila dapat buku amalan; dapat pada tangan kanan
-bila meniti titian siratul mustaqim; tanpa hisab!

5) Apakah yang dimaksudkan oleh Dr. Azizan didalam video ini dengan ‘end of mind’?
"End of mind" menurut Dr. Azizan di dalam video ini ialah pemikiran/angan-angan/berangan nak mati macam mana kerana kemuncak hidup kita adalah cara mati kita. Contoh angan-angan nak mati dengan cara yang baik ialah, "Aku nak mati pada waktu yang baik, dalam keadaan yang baik."


Sumber: Temubual Dr. Azizan Osman Bersama Prof. Dr. Muhaya - Live By Design | Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman

No comments:

Post a Comment