26.7.13

Live by Design - Part #3


1) Bagaimanakah cara untuk berubah?
Menurut Dr. Azizan Osman:
-1. Kemahuan untuk berubah - ada kemahuan nak berubah, cari ilmu, cari orang yang boleh tunjukkan jalan untuk berubah
-2. Mula belajar mengenali apa kekuatan diri, apa kelemahan diri, muhasabah diri
Ini yang dikatakan "When student is ready, the teacher will appear"

Menurut Prof. Muhaya:
-1. Makrifatullah - kenal Allah
-2. Tahu, mahu, mampu. Tahu di akal, mahu di hati, mampu is the action; mujahadah & disiplin
-3. Buat skrip kehidupan - kitalah pelakon, kitalah , producer, pengarah - perlu ada mental movie siapa kita nak jadi
-4. Cari ilmu - siapa nak dunia dan akhirat kena ada ilmu


2) Apakah Tahu. Mahu. Mampu?
Tahu - apa yang ada di akal
Mahu - apa yang ada di hati
Mampu - pada tindakan (action); perlukan mujahadah & disiplin

3) Apakah yang dimaksudkan dengan Visi, Misi dan Matlamat?
Menurut Dr. Azizan Osman:
Semua orang kena cari apa matlamat yang kita nak, yang buat kita gembira. Kebanyakan orang yang berjaya ada value/nilai yang positif seperti "Aku nak lihat orang bahagia.."
Nilai yang telah didefine dari awal ini (benda yang kita percaya/uphold) akan match dengan matlamat hidup kita. Lepas matlamat dah ada, baru kita akan bergerak kepada matlamat tersebut menggunakan landasan yang kita pilih.

Menurut Prof. Muhaya:
Visi ialah apa, siapa & imej diri kita. Kita akan bertindak mengikut apa yang ada pada imej diri kita yang ada dalam subconcious mind. Visi orang betul-betul hidup penuh makna ialah:
1, Hamba Allah - tidak persoalkan apa yang Allah suruh
2, Menjadi khalifah - memimpin diri & orang lain & memberi kebaikan
3, Mengimarahkan cara buat sesuatu mengikut hukum Allah
Misi ialah apa yang kita buat dalam everyday life
Matlamat ialah langkah-langkah yang kita buat

4) Apakah erti khalifah?
Memimpin diri dan orang lain dan memberi kebaikan (manfaat) kepada orang lain

5) Apakah kejayaan sebenar manusia?
Kejayaan sebenar manusia ialah apabila dapat masuk syurga Allah. Kejayaan yang lebih tinggi pula ialah apabila dapat lihat wajah Allah. Untuk dapat syurga di luar, kena dapat syurga di dalam. Dunia dalaman menggambarkan dunia luaran.


Sumber: Temubual Dr. Azizan Osman Bersama Prof. Dr. Muhaya - Live By Design | Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman

No comments:

Post a Comment