12.8.12

Iman dan Islam

Bernafas adalah dua nikmat. Nikmat menarik nafas. Dan nikmat meghembuskan nafas.

Tetapi nikmat yang jauh lebih bernilai, lebih berharga, lebih mahal daripada nikmat bernafas ada dua. Iaitu adalah nikmat iman dan Islam. Nikmat yang menjadi tiket untuk ke syurga Allah, yang menafikan azab selama-lamanya di dalam api neraka.

Teringat, masa kat sekolah dulu ada sorang ustaz selalu ingatkan pasal iman dan Islam. Bertuahnya, beruntungnya kita dihidupkan dalam nikmat iman dan Islam...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" - Surah Ar-Rahman, ayat ke-13; diulang sebanyak 31 kali dalam surah ini.



Bersyukurlah dengan nikmat iman dan Islam; Alhamdulillahi 'ala kulli haal.. Terima kasih Allah! 


23 Ramadhan 1433H.


No comments:

Post a Comment