12.8.12

Iftar Ramadhan hari ke-22..

Rencananya nak berbuka bersama-sama rakan sekuliah masa degree dulu kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam, tapi...end up berbuka dengan salah seorang sahaja daripada mereka di Masjid Negeri..beria-ia menggoreng karipap & samosa, last-last makan berdua je ngan Fara..tu pun makan lepas tarawih.. OK, fine, sendiri salah planning. Tak sangka la pulak tetiba jalan jem gila nak ke dataran tu, last-last masuk masjid je terus, bila nak menapak ke dataran dari masjid, dah azan, memang selamat la kan berbuka kat masjid je..

Sebenarnya..saya seorang yang kurang gemar berbuka di luar, bukan apa, dah banyak kali jadi, bila berbuka beramai-ramai, banyak ceritanya, lambat Maghribnya..tak seronok. Terkejar-kejar nak Maghrib, termengah-mengah menanti Isyak. Saye seorang yang agak menggelabah bila urusan yang wajib dilengah-lengahkan.

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor 2012. Ada Ali XPDC, Faizal Tahir, Man Raja Lawak, Abby Abadi & Ustaz Azhar Idrus. Santai hujung minggu untuk kali ke-2 kat dataran tu setakat ni.

Apa nak cerita kat sini sebenarnya? Entah. Dah la dulu. Tido. Kena tido walaupun sekejap. Syarat untuk qiam. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment