Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
"Amat menghairankan sifat orang Mukmin. Segala urusannya adalah baik belaka, dan tiadalah kelebihan itu dilihat pada orang lain selainnya. Apabila dianugerahkan suatu nikmat dia akan bersyukur, dan itu adalah kebaikan baginya. Apabila ditimpa kesukaran dia bersabar, maka itu juga merupakan kebaikan buatnya." (Riwayat Muslim)
Entah dah berapa kali jumpa hadis ni bila membaca..tapi tak tahu entah kenapa hati tak tertarik langsung nak fikir lebih jauh dan ambil pengajaran daripadanya. Sekarang nak buat tak tahu lagi? Ada sesuatu yang perlu difikirkan dan dipegang sebagai panduan hidup untuk membangunkan kualiti Mukmin sejati dalam diri ini. Ya Allah, bukakanlah hatiku untuk menerima kebaikan yang terlalu banyak di depan mata.
Sebenarnya kita ni banyak sombong dengan Allah kan? Apatah lagi sesama manusia...
Muhasabah.
No comments:
Post a Comment