16.5.12

Mengeluh tu tak baik, tapi...

ape perasaan korang bila..

korang kene hantar ke project site opis selama 8 bulan (katanyalah, tu tak kira delay bagai nanti), lagi 3 bulan project nak live, hari-hari korang balik lambat, tetibe korang tak boleh claim korang punya travel expenses! alasan tak bole claim takut bajet untuk projek tu burst. gila! kalau takut bajet burst apesal hantar lagi orang pegi project tu kan??? sehari korang travel pegi balik 80km dengan tol rm7.80 dengan parking rm6/day, pastu tak bole claim? travel jauh, mileage kereta bertambah setiap hari dengan begitu cepat, then of course la cepat je korang nak kene major service kereta kan? ada diorang pikir duit mana nak guna untuk maintenance kereta tu bila tak bole claim?

ok, fine. lepas tu korang nak tunjuk protes, korang balik la HQ. on one fine day...korang pegi lunch, sensorang pulak tu, tetibe masa korang tengah bersantap itu korang nampak depan mata korang senior korang pegi tukar duit kat money changer, entah untuk fly ke mana atas urusan kerja atau saja-saja melancong. agak-agak korang sentap tak? yang senang, bersenang-lenang menikmati kesenangan. yang susah, susah hati memikirkan alternatif menghadapi kesusahan yang melanda. ada diorang kisah? takdenyer...sebab diorang tak berada dalam situasi kesusahan itu..

nak cerita lagi detail.. rasanya lebih baik mendiamkan diri. mungkin ini cuma ujian sejauh mana saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. but still, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ni..kalau gaji 4-5K sebulan lain la cerita...Y_Y

lagi satu, bayangkan, korang dah setahun lebih ni pakai kereta, maintain elok je kereta tu, guna ulang alik pegi keje, balik kampung, pegi kenduri kawen kawan-kawan smua..tetibe ada orang cakap korang 'belum' mampu pakai kereta disebabkan korang tunjuk protes tak mahu pegi project site opis sebab korang tak tertanggung dengan travel expenses sebab tak dapat claim. ade ke patut? sentap! kecik hati tahu...!

Kalau nak resign sekarang pon, tender 2 bulan. Sama je, kene stay sampai project live, kene ulang-alik ke cyber jugak sementara nk tunggu habes 2 bulan. Arrgghhhhh.......!!!

kadang-kadang terpikir, dunia ni memang tak adil. yang adil kat akhirat je nanti. ya Allah..kenapa la saya boleh sampai mengeluh begini...kalau korang ada kat tempat saya macam mana?

3 comments:

  1. Tetapkan hati, Segala "keluhan" ini merupakan salah satu kenikmatan.

    ReplyDelete
  2. try cari yg lain2..mana tau ada yg sanggup byrkan.. sebulan pun jd la kan..

    ReplyDelete
  3. DinasorCute: nak tengok dari sudut mana tu nak bagi nampak ianya satu kenikmatan?

    Ms.Khayra: hati kuat nak stay. keje takde la stress sangat, dah mula suka skop keje sekarang. cuma part kene travel tu yg tak tahan bila tak bole claim - itu yg jadi stress.

    ReplyDelete