17.3.12

Work, Study and Personal Life

Assalamualaikum buat yang sudi singgah membaca. (teringat pesan Ustaz Kazim, sebarkan salam...)

Nak cakap, saya mungkin (mungkin ke? rasanya memang ya) stress lately due to the above-mentioned reasons. Melewati minggu-minggu akhir bulan Februari dan memasuki kedatangan bulan Mac 2012, dilihat (setakat entry ini ditaip) memberi kesan hebat kepada pengurusan wang, masa, mental dan fizikal saya. Sesuatu yang tak terjangka telah berlaku pada awal bulan ini. Sungguh, hanya Allah yang tahu macam-macam perasaan yang muncul secara tiba-tiba dan perlu dihandle sebaik mungkin agar semuanya tidak menyakitkan hati dan memudharatkan diri sendiri.

Ternyata diri ini tewas. Tewas dengan kekuatan yang selama ini cuba dipertahankan. Kemuncaknya, air mata mengalir deras tanpa dapat ditahan-tahan waktu kat opis hari Jumaat lepas masa tengah nak siapkan slide yang team lead mintak. Nasib la sape-sape yang perasan. Memang mood tak baik hari Jumaat tu. Selalunya kalau nak menangis sekalipun, takde la sampai nangis kat cubicle opis. Tapi memang da tahap tak boleh nak handle dah waktu tu..

Cakap kat diri sendiri; Ini semua baru permulaan. Perjalanan masih jauh lagi. Hati kene kuat. Kalau tak kuat, macam mana nak jalan sampai ke destinasi? Bersabarlah. Bertabahlah. Bertahanlah. Allah dah janji setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan. Pegang janji Allah ni. Pegang kuat-kuat. Allah tak pernah mungkir janji. Apa yang dilalui hari ini semuanya atas pilihan sendiri dengan izin Allah. You've chose this path, do not turn back. The journey thru blood, sweat and tears dah pun dimulakan. Pastikan berjaya hingga ke garisan penamat. Allah sentiasa ada untuk mintak pertolongan. It's just you - YOU yang pilih nak bergantung pada siapa untuk melalui semua ni. Ingat Ummi Farhha. Bergantung haraplah pada Allah. Hanya pada Dia. Dia pemilik takdir. Dia pemilik keizinan atas segala-galanya.

Mengharap pada manusia tak menjanjikan apa-apa. Mengharap pada Dia, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang. Bangkit Ummi Farhha, bangkit! Selesaikan apa yang telah dimulakan. Ya Allah...permudahkanlah segala-galanya. Sungguh aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau berikan selama ini. Jadikan aku lebih bersyukur, terus bersyukur dan  menghargai segala nikmat-nikmat-Mu ya Allah..

Terima kasih Allah, di atas segala-galanya..

1 comment:

  1. wsalam.
    be strong girl..have gut, have faith.

    by the way,ur spirit inspired me.
    saya pun nak continue belajar jugak. one day perhaps...insyaAllah... ^^

    ReplyDelete