{2-Mac-2012}
Ada satu perasaan halus (gembira-eksaited-syukur) menerjah masuk ke dalam hati waktu nak solat Isyak. Ya Allah..Engkau yang mengizinkan semua rasa-rasa itu bertamu di hati. Ku mohon Kau bantulah aku mengawal semua rasa-rasa itu agar terus tetap dalam kebaikan..
Takdir Allah itu memang penuh rahsia.
Kita takkan pernah tahu apa yang akan berlaku selepas itu dan ini. Dia lebih tahu. Dia pemilik takdir.
Ya Allah, andai itu pengakhiran terbaik untuk pencarianku, maka takdirkanlah ia dengan sebaik-baik jalan. Aku redha. Aku pasrah. Ku mohon dibukakan jalan-jalan kebaikan seluas-luasnya demi kebaikan untuk duniaku dan akhiratku ya Allah..
Sesuatu yang kita rasa kebetulan sebenarnya bukan kebetulan melainkan
ianya berlaku hanya dengan izin Allah. Setiap yang berlaku itu bersebab.
Sebab yang hanya Allah tahu mengapa ia berlaku. Percayalah setiap yang
berlaku dengan izin Allah itu punya hikmahnya tersendiri. Moga-moga kita
sentiasa dalam perlindungan Allah..
No comments:
Post a Comment