9.12.11

Mengalih Perhatian

Cuba mengalihkan perhatian dengan melakukan sesuatu yang agak berat itu bukanlah menjadi pilihan kepada semua orang. Ye lah, buat ape nak beratkan lagi apa yang dah sedia berat di minda, betul tak?

Tetapi saya sebaliknya. Itu pilihan saya sekarang. Sedang cuba mengusahakan sesuatu yang agak berat untuk mengalih perhatian yang dibimbangi akan merugikan diri sendiri jika tidak ditangani secara bijak, sebaik mungkin.

Kenapa nak alih perhatian? Perhatian apa yang ingin dialihkan? Pilihan apa yang diusahakan untuk mengalihkan perhatian? Jawapan untuk soalan-soalan ini saya biarkan ianya tidak berjawab di sini setakat ini. Mungkin ada sebahagian rakan-rakan terdekat yang dah sedia maklum. Tapi untuk menyatakannya di sini, saya rasa tak perlu. Mungkin satu masa nanti, InsyaAllah...

"Untuk kita mendapat sesuatu, kita harus buat sesuatu. Untuk kita buat sesuatu, kita harus jadi sesuatu."

Ya Allah, bantu aku, bantu aku, bantu aku, bukakan jalannya, permudahkanlah ya Allah...

No comments:

Post a Comment