Antara kata-kata Prof. yang memberikan kesan di hati:
{1} Jangan bajet kita ni bagus sangat. Kita bukan siapa-siapa, kita cuma manusia biasa.
{2} Nak bina sahsiah diri, kena bina diri dulu. Fikiran kita mempengaruhi emosi kita, emosi kita mempengaruhi perkataan kita, perkataan kita mempengaruhi perbuatan kita, perbuatan kita mempengaruhi tabiat kita, tabiat kita mempengaruhi destinasi dunia dan akhirat kita.
{3} Carilah kasih sayang Allah, InsyaAllah kasih sayang manusia akan datang dekat kita kerana kasih sayang manusia ada pada Allah.
{4} Kita akan masuk syurga dengan rahmat Allah, bukan kerana keimanan semata-mata, so jangan bajet bagus!
{5} Kita hari ini terhasil daripada pilihan kita. Hidup tanpa redha Allah itu sia-sia.
{6} Anak-anak datang dari Allah melalui kita, so anak-anak itu amanah Allah, bukan milik kita.
{7} Fokus pada kesyukuran bukan kesukaran.
{8} Kenapa kita dapat apa yang kita dapat hari ini? Fikirkan. Hidup ini apa yang kita fikir dan apa yang kita pilih.
{9} Sembunyikan ibadah kita macam kita sembunyikan dosa kita.
{10} Tamak hanya pada 2 perkara: 1. Tamakkan ilmu Allah, 2. Tamakkan kemaafan Allah.
{11} Kesyukuran kita hari ini menghasilkan siapa kita di hari esok.
Dan yang penting...Jangan Bajet Bagus!
![]() |
| Hujan lebat menjelang Asar... |
![]() |
| Duduk melihat hujan, memikirkan masa depan, dengan stokin yang basah! Hujan rahmat... |







jelesnye dgn ummi..kite xpndai nak cari masa utk attend majlis mcm ni..huhu..byk sgt alasan dlm hati..astagfirullah..
ReplyDeleteAlhamdulillah fi..Allah izinkan. Kalau kita merancang tapi tak dapat izin Allah, tak jadi juga :)
ReplyDelete