Entah kenapa, balik keje petang tadi tetibe teringat kat Incik Oren. Rindu sangat! Hari tu balik raya haji tak sempat nak jalan-jalan ngan Incik Oren.
Tercari-cari gamba Incik Oren dalam external hard disk, cari punya cari tetibe jumpa gamba-gamba ni;
Suatu ketika dulu...itulah saya dengan adik beradik. Waktu tu baru berempat - abang long, abang ngah, saye dan kakma, Ayah bawak jalan-jalan pegi Zoo Negeri Johor. Itu kami yang dulu, sekarang masing-masing dah besar, masing-masing punya cara hidup sendiri. Manusia berubah seiring dengan peningkatan usia. Saye terlalu rindukan waktu itu...air dicincang takkan putus. Moga kasih kami berkekalan hingga ke syurga, InsyaAllah...
Dan..setelah lama mengelamun mengingatkan masa lalu, akhirnya jumpa jugak gamba Incik Oren!
Ada lebih kurang 1.9K lagi nak setelkan Incik Oren nih. Moga-moga Allah permudahkan urusan melangsaikan hutang Incik Oren kesayangan ini. Sekarang dia jadi peneman Mak ke sekolah. Harap-harap Incik Oren sihat walafiat di kampung. Road tax & takaful dah expired bulan Julai lepas, tunggu abes bayar baru renew semua, InsyaAllah..
Alhamdulillah, syukur Allah berikan saya kemudahan memiliki kenderaan buat memudahkan pergerakan saya dalam memulakan hidup di bandar yang jauh dari kampung halaman. Bermula dengan hanya bergantung kepada public transport - bas rapid KL yang benar-benar menguji kesabaran, saya berusaha mendapatkan alternatif yang lebih baik untuk keselesaan diri sendiri dengan berjimat cermat mendapatkan lesen memandu; B2 & D.
Alhamdulillah lepas dapat lesen P, Allah izinkan saya memiliki sebuah motosikal Yamaha Lagenda (Merah) - second hand BKJ 1287. Ternyata Incik Merah itu tidak serasi dengan saya, tak sampai sebulan saya terus nekad untuk tukar yang baru - Incik Oren BKW 975. Alhamdulillah, sampai ke hari ini ia masih Allah pinjamkan kepada saya. Dan Alhamdulillahi 'ala kulli haal..Allah izinkan saya memiliki kenderaan yang lebih selesa dengan kehadiran Mr. FL dalam hidup saya pada awal Mac lalu. Sesungguhnya hanya dengan izin Allah saya dapat merasai nikmat berkenderaan sendiri untuk memudahkan pergerakan saya..
Terima kasih Allah, di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan...jadikan aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur...




No comments:
Post a Comment