12.11.11

Misteri Jodoh

Antara tweet-tweet yang mengesankan hati sepanjang 10-11-12 November 2011...

{1}Ramai menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang. Kenyataannya tidak. Jodoh adalah ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.

{2}Jodoh adalah rahsia Tuhan.

{3}Ada yang takut mahu berkahwin kerana miskin, tetapi tanpa kita sedari hampir semua orang menjadi kaya selepas berkahwin.

{4}Rahsia jodoh; adakalanya ia lari apabila dikejar, mendekat apabila ditunggu.

{5}Apabila sering didekati, terus ia menjauhkan diri. Apabila kita menjauhkan diri, jodoh datang mendekati.

{6}Jodoh tanpa cinta adlh bohong, sedangkan cinta tanpa jodoh hanya mnyebabkan duka. Kedua2nya saling melengkapi tetapi juga saling menghalangi

{7}Jodoh hanya satu, tetapi cinta boleh dua, tiga, empat, malah tidak terbatas jumlahnya.

{8}Usah berputus asa daripada rahmat Allah. Sebesar mana dosa kita, pengampunan Allah jauh lebih besar lagi.

{8}...yang lebih utama orang yang mencari jodoh itu pasrah kepada Allah.

{9}Jodoh itu ada 2 jenis; 1) Jodoh Sunnatullah 2) Jodoh Qudratullah

{10}Jodoh Sunnatullah: jodoh yg diberi Allah melalui usaha dan perjuangan menuju ke arah itu.

{11}Jodoh Qudaratullah: jodoh yg diberi Allah kpd hamba2 kekasih Allah yg brserah diri kpd Allah dlm urusan jodoh.

{12}Sebesar manapun cinta kita kpd Allah, tidak dapat disamakan dgn cinta Allah kpd kita. Bukti cinta Allah kpd manusia tidak terkira.

{13}... saat kita mencintai Allah, kita perlu yakin kita tidak bertepuk sebelah tangan. Allah pasti membalas cinta kita, malah jauh lebih hebat.

{14}Dalam jodoh pasti ada cinta, tetapi belum tentu cinta berakhir dengan jodoh. Cinta dan jodoh tidak dapat dipisahkan, tetapi dapat dibezakan.

{15}Setiap orang punyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Nilai dengan mata hati. Pilih yang terbaik. Hormati satu sama lain :) - Retweet dari HamiAsraff

{16}...dalam semua kejadian pasti ada takdir Allah.

{17}Takdir adlh kkuatan maha dahsyat yg dgerakkan oleh tenaga maha hebat & tdk mampu dseleweng atau diubah mengikut kemahuan manusia.

{18}..lazimnya mereka & pasangan masing2 berada dlm peringkat iman & taqwa yg setaraf. IMAN & TAQWA.

{19}"...Mintalah perlindungan Allah kerana Allah maha mendengar, maha melihat."- Surah al-Mukmin, ayat 56

{20}Syaitan bijak memanipulasi org yg mncari jodoh dan tdk mndiamkan diri begitu sahaja apabila datang jodoh yg berkat.

{21}"...the feeling of not wanting to give up yet not being able to do anything..."

{22}Ya Allah..Kau peganglah hati ini, pegang ia erat-erat, jangan sampai ia terlepas kepada selain Engkau.

{23}Ya Allah pemilik pagi yang indah, ku mohon Kau lepaskanlah sebarang ikatan emosi terhadap Mr. F yang masih berbaki di hati ini.

{24}Lapangkan hati ini duhai Yang Maha Pengasih...

1 comment: