28.11.11

Kemahuan dan Amal Perlu Selari

"Ramai orang mengatakan dia mahu berubah menjadi baik. Tetapi kemahuan itu hanya terucap di bibir saja. Sedangkan amal, tingkah lakunya, masih sama. Dia tetap hanyut dalam dosa dan maksiat.

Ada orang yang mahu berhenti minum arak, bermain judi dan berzina. Tetapi seluruh jasadnya hanya tunduk kepada nafsu. Maka dia berbicara dengan nada lesu, 'Saya memang mahu menjadi manusia yang soleh. Tetapi hal itu tidak terjadi kerana banyaknya halangan dan hasutan duniawi. Akhirnya kemahuan itu mati dan terdampar sepi entah di mana.'

Seorang Muslim itu setiap hari berperang dengan nafsunya agar tidak terjatuh ke dalam dosa. Tuntas, hati perlu dibentengi agar ia kuat dari hasutan dosa. Perkara yang asas ialah menjaga kesuciannya - kesucian hati."

No comments:

Post a Comment