24.11.11

Amalan Istimewa untuk Bakal Pengantin

1) Baca surah al-Waqiah setiap hari terutama bagi bakal pengantin perempuan agar terselamat daripada gangguan manusia dan sebagainya.

2) Baca surah Yasiin setiap hari selepas Subuh

3) Amalkan membaca surah tiga Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas)

4) Zikir tasbih Fatimah (Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 33 kali) setiap malam terutamanya bagi wanita kerana orang yang ingin berkahwin memerlukan banyak tenaga untuk menguruskan perkahwinan.

5) Khatam al-Quran. Sebolehnya, biarlah bakal pengantin betul-betul khatam al-Quran menjelang perkahwinan mereka, bukannya mengadakan majlis khatam semata-mata.

Gambar ihsan Google :)
Rasanya...yang tak nampak lagi jalan ke arah tu pun sangat-sangat bagus mengamalkan 5 perkara ni. Mane tahu kan Allah bukakan jalan, Allah permudahkan...ye tak? Jom sama-sama perbaiki amalan seharian kita! Nak dapatkan redha Allah, perlulah ada usaha yang bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan kita sentiasa kekal dalam kebaikan, InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment