Untuk mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani.
Perkahwinan boleh menjadi penawar bagi masalah stres. Kadangkala, jiwa kita resah dan gelisah dengan pelbagai masalah yang menimpa. Jika adanya pasangan hidup, mungkin masalah yang menghujani kita boleh kongsi bersama.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ar-Rum ayat 21;
"Dan antara tanda-tanda (kebesaran-Nya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
Ya Allah, tunjukkan jalannya, permudahkanlah...
No comments:
Post a Comment