29.9.11

Pujuk Hati dengan Membawa Diri?

[Surah Al Insyiraah, Ayat: 5-6]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.
 
[Surah al-Fath, Ayat:4]
Dialah yang menurunkan ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman, agar mereka bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; milik Allahlah tentera langit dan bumi; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Berjalan dari opis ke mydin dengan akak opis yang sorang ini (kak Elizha), memberikan saya beberapa input yang sangat bermanfaat. Mengisi lompong hati yang kian resah sejak kebelakangan ini. Kami bercakap soal saya yang akan ditransfer ke Cyberjaya minggu depan untuk projek business intelligence JPJ. Kak Elizha cakap, "...takpe, insyaAllah pasti ada hikmah besar di sebalik semua ni. Kan Allah dah janji di setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan, di hujungnya pasti akan ada kesenangan. Awak kene sabar, awak kene yakin dengan janji Allah. Dia takkan bagi kalau awak tak mampu..."

Terima kasih kak.

Bukan baru cerita pasal saya yang akan ditransfer ke Cyber ni, sebelum puasa lagi dah dengar-dengar saya akan ditransfer ke sane untuk support. From the start sebenarnya saya dah tak boleh terima, tapi hati tak cukup kuat menolak dengan kata-kata terus terang kepada bos. End up jadi macam ni.

Entah la. Susah nak cakap. Terkilan. 
Terkilan dengan janji-janji yang tidak ditunaikan masa datang interview dulu. Bukan saya tak bersyukur dengan rezeki pekerjaan yang saya ada sekarang, tapi bukan ke setiap orang sentiasa mencari yang lebih baik untuk kehidupannya?

Hari sabtu ni, insyaAllah saya akan membawa diri ke Cyberjaya. buat ape hari sabtu? cari jalan. estimate kos minyak, tol semua. susah nak terima, tapi kene terima. ya Allah, lapangkanlah dadaku menerima takdir-Mu...sesungguhnya aku hanya insan yang lemah.

4 comments:

  1. Selamat datang ke cyber
    bandar hantu....
    hihihi
    kalau guna kete
    average 30-45 minit kalau bawak slow la.
    tol tu lagi cekik darah dari minyak

    ReplyDelete
  2. hah?
    bandar hantu?
    tol lg cekik darah dr minyak?






    nak nanges

    ReplyDelete
  3. kalau travel guna plus dari shahalam-putrajaya kompen kopak duet la.
    xtau la kalau ade jalan altenatif lain
    n opis kat mane?

    ReplyDelete
  4. kusut pale ni mane nak cekau duet. huhu. opis kat EB1, dekat ngan IBM kan?

    ReplyDelete