Terdapat beberapa hikmah yang tersirat mengapa dirahsiakn tarikh dan saat kematian. Di antaranya ialah:
1, Kita diseru sentiasa melakukan taubat daripada segala dosa yang dilakukan, baik kecil ataupun besar.
2, Adalah menjadi sunnah Nabi s.a.w. menyeru umatnya agar sentiasa mengingati mati.
3, Kita perlu ingat bahawa mati itu akan datang bila-bila masa saja. Jadi, sentiasalah bersedia menghadapinya dan mempertingkatkan amalan masing-masing.
4, Ingat akan mati boleh memecahkan benteng nafsu yang rakus dan juga sikap ego seseorang.
5, Hati yang sentiasa mengingati mati akan takut kepada Allah s.w.t. dan akan menimbulkan kekhusyukan di dalam amal ibadat serta meningkatkan kualiti ibadat.
6, Dengan merahsiakan tarikh kematian, kita akan sentiasa melakukan amal soleh dan mengingati Allah s.w.t.
7, Umat Islam disunatkan menziarahi apabila ada kematian bagi menimbulkan keinsafan dalam hati.
Bayangkanlah...andai setiap kita diberi alamat dan tanda kemtian, sudah pastilah akan hanya melakukan taubat dan amal soleh apabila sudah kelihatan alamat kematian sahaja. Maka, berlakulah keadaan kucar-kacir kerana orang yang melakukan maksiat boleh meneruskan kefasadan (kejahatan) kerana mengandaikan suatu masa nanti mereka akan bertaubat apabila timbul alamat kematian tersebut. Lebih-lebih lagi pada zaman moden ini dia mana meningkatnya gejala sosial di kalangan umat Islam khusunya di Malaysia...
No comments:
Post a Comment