4.7.11

Maha Suci Allah!

[1] Allah yang menguasai kejadian langit dan bumi. Allah menegakkan gunung, yang meninggikan langit dan menghamparkan bumi dia atasnya. Setiap helaian daun yang gugur walaupun di tengah malam yang gelap pekat diketahui oleh-Nya.

[2] Saya pula percaya sumber rezeki di tangan Allah. Setiap seorang anak Adam sudah diberikan jaminan rezeki masing-masing. Apabila Allah menetapkannya tiada seorang dapat menghalang walau ada yang berusaha sepenuh tenaga. Saya percaya penuh dengan kekuasaan-Nya.

[3] "Kenapa tidak seratus peratus percaya kepada saya?"
"Tidak. Cuma 70 peratus sahaja. 30 peratus bagi perasaan curiga, syak wasangka dan kemungkinan ada berlaku kecurangan ketika berjauhan."
"Benar. Sama-samalah kita meletakkan peratusan yang setara. Tetapi jika itu yang berlaku kepada awak, minta maaf. Selamat tinggal. Saya sama sekali tidak akan menerima seorang perempuan yang berlaku curang"

[4] Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkan kesalahan kami, serta ampunkan dosa kami dan rahmatilah kami. {Surah Al-Baqarah, ayat 286}

Travelog Impian Abadi, itu yang tertulis....Roza Roslan

No comments:

Post a Comment