4.6.11

Realistik

Jangan terlalu idealistik tetapi jadilah seorang yang realistik.

Manusia berkahwin dengan manusia. Tiada manusia yang sempurna, termasuk diri kita sendiri. Oleh itu, perkahwinan perlu berpaksikan ataupun didasari realiti dan perlu bagi kita supaya bersifat realistik.

Realiti bermakna kita berada dalam keadaan nyata, bukan khayalan ataupun angan-angan semata-mata.

Hal ini bermakna, kita tidak diberi jangkaan semua yang kita mahukan daripada pasangan perlu dalam keadaan serba sempurna. Sebelum berkahwin, pelbagai andaian dan tanggapan positif yang kita harapkan tetapi apabila bertemu dengan realitinya, jangkaan dan tanggapan kita itu kian meleset. Apabila hal ini berlaku, perasaan negatif dengan mudah mengambil alih tempatnya.

Oleh itu, setiap pasangan perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam berhadapan dengan apa jua situasi yang ada.

{1} Apa yang kita mahukan dan harapkan daripada pasangan juga perlu dinyatakan supaya dia tahu apa yang kita mahukan dan harapkan. Begitu juga sebaliknya.

{2} Usah terlalu idealistik tetapi bertindak sebagai seorang yang realistik.

{3} Manusia seringkali mengharapkan sesuatu yang ideal berada di hadapan mata dan melupakan segala bentuk kebaikan yang ada pada pasangan. Malah dibanding-bandingkannya pula dengan orang lain.

{4} Sebelum berkahwin, segala kelebihannya disebut-sebut dan segala kekurangannya seboleh mungkin disorok-sorokkan, namun sesudah berkahwin, segala kekurangannya disebut-sebut, segala kelebihannya pula didiam-diamkan dan disorok-sorokkan.

{5} Oleh itu, segala kebaikan pasangan perlu disyukuri dan segala kelemahannya juga perlu diredai supaya kita sama-sama memperoleh kebahagiaan yang hakiki.

[Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa, Mardiana Mat Ishak, m/s 192-193]

No comments:

Post a Comment