3.6.11

1 Rejab 1432H

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.
[klik  pada doa untuk paparan lebih jelas]

3 comments:

  1. tq ummi for the doa. smg sama2 peroleh manfaat dr nya.. :)) Jom fighting untuk 3 bulan ni..rejab, sha'ban & ramadhan.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah sentiasa berusaha utk berada dlm rahmat & kasih sayang Allah. Jom2 meriahkan 3 bulan ni, especially fi yg bakal tukar status after the 3 months, mudah2an semuanya diberkati & diredhai-Nya~

    ReplyDelete
  3. tq so much. insyaAllah. :)

    ReplyDelete