"...hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan kita. Hanya Allah yang berhak menentukan bagaimana jalan hidup ini. Begitu jugalah cara dan bila bagi Allah untuk membalasnya. Hanya Allah yang tahu sama ada nikmat yang diberikan kepada kita di dunia ini berupa pembalasan atas amal soleh yang dilakukan ataupun tidak. Malahan, adakalanya Allah melimpahkan kenikmatan dengan sebanyak-banyaknya kepada seseorang agar dia terus berjauhan dengan Allah kerana banyaknya maksiat yang dilakukan. Sungguh, kehidupan ini amat kompleks sifatnya."
Ibnu Qayyim dalam bukunya al-Daa' wa al-Dawaa' telah menyenaraikan puluhan kesan maksiat dalam kehidupan seseorang dalam pelbagai sudut. Antaranya:
1. Menghalang ilmu memasuki dada seseorang
2. Menghalang rezeki
3. Menghadirkan kegelapan di hati pelakunya
4. Melemahkan hati dan jasad
5. Menghalang ketaatan
6. Melemahkan jiwa
7. Menyebabkan kehinaan
8. Merosakkan akal
9. Mematikan hati
10. Mendatangkan laknat Allah
11. Menghalang daripada didoakan oleh Rasul & Malaikat
12. Menyebabkan kerosakan
13. Menghilangkan rasa malu
14. Menyebabkan Allah membiarkan dirinya
15. Menghilangkan kebaikan yang dilakukan
16. Menjatuhkan darjatnya disisi Allah
17. Memutuskan hubungannya dengan Allah
Sumber: http://www.al-adib.net/
No comments:
Post a Comment