22.3.10

S.A.B.A.R.

Bersabar untuk bangkit daripada kegagalan.

Sikap apakah yang perlu dimiliki oleh setiap orang?

Iaitu sikap SABAR.

Sifat sabar perlu 'ditanam' ke dalam diri setiap kita. Tumbuh dan kembangnya kesabaran dalam diri dapat menumbuhkan benih-benih ketenangan. Kesabaran mampu menimbulkan kesedaran diri supaya kita bersyukur dengan pemberian-pemberian yang kita peroleh daripada Yang Maha Kuasa.

Menasihati orang lain supaya bersabar itu memang mudah. Walhal, kita sendiri belum tentu dapat bersabar ketika ditimpa musibah. Memang mudah menyuruh orang lain bersabar, padahal ia sangat sukar melatih diri sendiri supaya bersabar. Fenomena ini adalah wajar.

Orang yang sabar biasanya tidak gentar menghadapi kegagalan. Bagi mereka, kegagalan adalah ujian yang perlu dihadapi. Kegagalan adalah titik permulaan menuju ke puncak kejayaan.

Sejujurnya, kita semua tidak mahu menerima kegagalan bukan? Kita sentiasa mahu mengecap kejayaan, kebahagiaan, kesenangan, ketenangan dan sebagainya. Tetapi kita hidup dalam dunia nyata. Realiti hidup ini, ada suka dan duka, senang dan susah, kejayaan dan kegagalan. Kadang-kadang kita berada di titik terbawah dan kadangkala kita berada di titik teratas, ibarat roda yang berputar tanpa henti.

Hanya dengan mengamalkan sikap sabar, kita akn mampu bangkit memperbaiki diri dan bergerak menuju tujuan-tujuan dan keinginan-keinginan kita. Dengan sabar juga kita akan mampu menakluki kesedihan akibat kegagalan lalu kembali bangkit mengejar impian-impian kita.

Sabar itu titik permulaan menuju kejayaan di dunia dan akhirat.

Bersabarlah duhai hati...Allah sentiasa bersamamu...

"Wa Hua ma'akum ainama kumtum."

No comments:

Post a Comment