Kita boleh menilai seseorang berpandukan cara mereka melakukan sembahyang. Kita juga boleh menilai siapa diri kita yang sebenarnya dengan melihat bagaimana kita sembahyang.
Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud, "Sudah pasti berjaya ornag mukmin iaitu orang yanh khusyuk dalam solatnya." (Surah Al-Mukminuun: 1-2)
Sila semak siapakah diri anda dengan ukuran kewajipan solat:
Jenis Pertama
Langsung tidak solat, bahkan langsung tidak tahu mengerjakannya. Tidak kurang yang menafikan kewajipan solat.
Jenis Kedua
Mereka solat secara zahir saja tanpa memerhatikan bacaan betul atau tidak. Asal buat saja. Mereka solat ikut suka, sekejap buat, sekejap tidak. Kalau emosi okey dia akan buatlah, kalau sibuk atau sayangkan mekap langsung tidak mahu solat. Golongan ini jatuh fasik. Sesetengah ulama mengatakan ibadah golongan ini tertolak.
Jenis Ketiga
Mereka solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, tetapi tidak dihayati solat itu. Dia khayal sepanjang solat.
Jenis Keempat
Orang ini okey sikit berbanding yang ketiga, iaitu mereka sesekali khusyuk, sesekali lalai. Mereka termasuk dalam golongan orang yang memelihara solat tetapi belum begitu seronok atau betul-betul tenggelam dalam solat.
Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya padu terhadap Allah.
Sekarang cuba agak pada golongan manakah anda berada?
Solat yang sempurna akan mampu mencegah diri kita daripada perbuatan maksiat. Hanya solat yang sempurna akan diterima oleh Allah. Perkara pertama yang akan dihisab di padang mahsyar kelak adalah SOLAT. Moga-moga kita berada dalam golongan yang keempat atau kelima. Moga-moga solat itu telah memberikan kekuatan untuk kita memperkasa diri dalam mendepani apa jua cabaran...

No comments:
Post a Comment