3.12.09

Macam Mana Nak Masukkan Gajah dalam Peti Ais?

Ingat tak, doktor pernah tanya para peserta, macam mana nak masukkan gajah dalam peti ais? Masa tu, memang pecah kepala semua peserta tak dapat jawab. Ramai yang cuba jawab macam masukkan gambar gajah dalam peti aislah, tapi doktor kata tak...bukan gambar gajah, ni gajah betul. Ada pulak yang kata nak masukkan anak gajah, doktor kata tak... ni bapak gajah. Ada juga yang nakal kata kerat-kerat badan gajah tu dan masukkan dalam peti ais. Doktor kata tak sangka awak ni perempuan, tapi zalim. Gajah tu tak mati, tapi hidup.

Nyata semua orang tak dapat jawab, hinggalah doktor berikan jawapannya, selamba dan sempoi jawapannya iaitu, buat peti ais besar!

Kalau gajah yang begitu besar pun boleh dimasukkan dalam peti ais, maknanya bukan masalah mustahil atau tak mungkin, tapi bagaimana cara kita fikir jer untuk mendapatkan satu-satu target dalam hidup kita.

Jadi, amacam...anda semua di luar sana? Tiada yang mustahil pada mereka yang mahu, kan? Lihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza, semuanya jadi mungkin. Usah terlalu terikat dengan ketetapan, tapi fikirlah luar dari ketetapan itu. Itulah jawapan pada banyak persoalan kehidupan yang mengarah kepada kejayaan.

Okey tak? Ingat, tiada yang mustahil pada mereka yang mahu dan lihat sesuatu perkara itu dari sudut yang berbeza, semuanya mungkin.

[Bukan Main Lagi, Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj]


"Yang bagus adalah berasa bagus dan rasa bagus itu betul-betul sebab kita memang bagus, alangkah bagusnya..."

No comments:

Post a Comment