16.1.16

Approaching 3-series..

Bismillah..

2016 dah.

Rasa macam baru je kembali bermastatutin di Shah Alam. Diam-diam, dah lebih setahun. Alhamdulillah..still alive!

Adik perempuan yang baru kawen hari tu dah berbadan dua. Tumpang gembira dalam sayu. Hanya Allah yang tahu macam mana rasanya. Tak lama lagi bertambah lagi sorang anak buah. Sendiri punya anak? Wallahu ta'ala a'lam. Macam ni rupanya rasa kawen lambat.. Sungguh, jodoh itu rahsia Allah!

Makin gemok. Terasa serba serbi tak best bila dah makin berisi ni. Jalan jauh sikit, naik tangga, berlari sikit, dah termengah-mengah. Pakai baju kurung dah tak sebest dulu sebab kain jadi makin ketat! Lebih selesa berseluar setiap hari ke opis.

OK, azam tahun ni nak dapatkan balik berat badan ideal. Tolonglah Cik Ummi. Sila disiplinkan diri sendiri dengan tegas!

Harap dapat panjat Broga, pi merayap-canopy walk kat Taman Negara Pahang, naik tren dari selatan ke utara semenanjung tanah air tercinta dan bertemu jodoh yang baik lantas cepat-cepat kawen-dapat travel partner pi merayap kat oversea pulak, insya-Allah. Mohon tolong aminkan yer sape-sape yang baca ni. TQ!

Ya Allah, permudahkan semua urusan hidupku sepanjang tahun ini..

No comments:

Post a Comment