12.7.15

Erti Raya pada Seorang Penghutang

Bismillah..

Cepat je masa berlalu. Puasa nak abes dah. Hari ni 25 Ramadhan 1436. Ahad. Masih di Shah Alam. Isnin keje. Selasa keje. Rabu pagi baru gerak balik Tenggaroh insya-Allah.

Persiapan raya tahun ni..lebih kurang sama macam tahun lepas. Bezanya, last year menganggur, this year Alhamdulillah bekerja. Last year takde beli baju raya. This year pun sama. Pakai je la baju kurung last 2 years punya raya yang baru dipakai 2, 3 kali. Kueh raya? Memang tak lah nak buat sendiri. Beli? Pun tak..sama macam last year..cuma bezanya, last year ada tolong-tolong mak buat sikit-sikit.

Penangan GST + harga minyak naik + harga tol naik + harga barang pun semuanya naik, even gaji naik lebih 1K pun rasa macam..ada yang tak cukup. Masa mula-mula keje dulu gaji cuma 2K rasa macam dah kaya gila. Sekarang? Dah bertambah-tambah K pun still rasa tak cukup. Apakah? Tak berkat? Wallahu 'alam..

Target this year, nak setelkan hutang 10K by Disember 2015 insya-Allah.

10K. Mana nak carik ko??? Da bole buat downpayment beli rumah kos rendah yang harganya 100K kot..

Insya-Allah, dapat setelkan hutang yang 10K ni, will be followed by:
  • Refinance pembiayaan peribadi jadi 4 tahun je - target habis by December 2016
  • Refinance pembiayaan kereta jadi 7 tahun instead of 10 years (gila tak bijak buat hutang lama-lama, padan muka kat diri sendiri sekarang!)
  • Setelkan PTPTN lump sum
  • Saving kaw-kaw punya dalam Tabung Haji
  • Beli rumah
  • Saving for overseas trip
  • Sambung belajar lagi, insya-Allah.. (ingat nak belajar kat oversea la plak, kalau ada rezeki insya-Allah)
Target kena ada. Soal pelaksanaan dan keputusannya, kita serah pada Allah..

So raya tahun ni, diam-diam sudah..mintak mahap la adik-adik..kakak takde bajet nak belanja baju raya + duet raya. Pepandai la korang pi cari tempat lain..

Biar papa, asalkan boleh setel hutang sebelum mati. # Sentap tak? #SendiriMahuHengat

No comments:

Post a Comment