1) Menurut Prof. Dr. Muhaya, apakah Live By Design?
Menurut Prof. Dr. Muhaya, Live by Design ialah dengan cara hidup Islam. Kita sebagai manusia, kalau pakai baju kita nak designer class. Kalau boleh kita nak everything by design (tailor made). Dan sebagai orang Islam, kita ada cara hidup. Sebab Islam itu bukan sahaja agama, tapi Islam satu cara hidup. So, cara hidup by design ialah cara hidup Islam.
2) Senaraikan aspek AIA
Tiga aspek AIA ialah:
- Jaga akidah
- Jaga ibadah
- Jaga akhlak
Tiga aspek AIA ini pula merangkumi 4 aspek:
- Fizikal: kita nak kesihatan yang mantap, niat nak sihat kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah
- Mental: kita nak kalau boleh kita design apa yang kita masuk dalam minda kita; hanya ilmu yang bermanfaat dan kita tingkatkan kecerdikan dengan menjaga apa yang kita baca, apa yang kita tonton atau lihat melalui Facebook dan sebagainya
- Kerohanian: hubungan kita dengan Allah SWT. Tentukan setiap apa yang kita buat, kebergantungan kepada Allah mestilah sangat kuat. Kerana orang yang takut pada Allah takkan takut pada apa-apa, tapi orang yang tak takut pada Allah akan takut banyak perkara
- Hubungan dengan manusia: akhlak kita sebagai manusia ialah hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain (semua makhluk Allah, bukan manusia je). Kerohanian kita vertical dengan Allah & horizontal dengan makhluk Allah yang hidup atau mati, manusia atau bukan manusia. Akhlak kita kena jaga walau di mana-mana sekalipun.
3) Apakah prinsip dengan manusia?
Ada 5 perkara prinsip dengan manusia:
1.Hormat semua makhluk Allah
2.Ikhlas dan baik dengan orang ramai tanpa ada sebab
3.Sentiasa lemah lembut
4.Sentiasa tanya apakah manfaat yang diberi
5.Berbelanja (mengurus kewangan) untuk dapat redha Allah
4) Apakah perspektif Dr. Azizan mengenai Live By Design?
Live by Design menurut Dr. Azizan Osman pula ialah bagaimana sesorang melihat dirinya selapas mati. Konsep 'End of Mind'. Bagaimana situasi kita bila kita dah pergi - dunia dan akhirat. Kerana dunia ialah ladang untuk kita menanam untuk bekalan akhirat kelak. Perjalanan pada waktu terakhir tu nanti adakah akan pergi dalam keadaan yang kita dapat redha Allah dan dalam situasi yang kita redha dengan apa yang berlaku dalam hidup ini. Kita perlu duduk dan fikirkan, seandainya pada waktu kita pergi nanti, orang atau makhluk sekeliling akan redha dengan permergian kita. "Dia pergi dengan baik, aku redha dengan dia.." Orang lain semua redha kita bagus, sentiasa bantu orang ramai. Yang penting ialah 'end point' - macam mana kita design perkara tersebut, ditulis dengan jelas seperti, 'Ini apa yang aku nak, Ya Allah aku nak ni..' dan ini yang dinamakan sebagai doa.. Dari perspektif management, company selalunya ada plan strategy objective nak capai lagi 10 atau 20 tahun lagi. Tapi ramai yang tak plan strategically hidup dia..
5) Apakah yang dimaksudkan oleh Dr. Azizan Osman dengan kata kata dari Bill Gates ini, "People underestimate their 10 years. But they overestimate their 5 years"
Maksudnya ialah, ramai orang tak faham, seandainya umur kita ini dipanjangkan lagi dengan izin Allah, lagi 10 atau 20 tahun, di mana kita berada pada saat tu. Seandainya kita pergi sekarang takpe, tapi seandainya tidak - seandainya kita ditakdirkan hidup lagi 10 atau 20 tahun lagi. Adakah kita telah merancang? Seandainya tak sampai takpe, tapi at aleast kita dah buat sesuatu. Ini yang dikatakan, 'Begins with ends in mind.' Nampak apa yang di hujung yang kita expect, dengan izin Allah, kita undur balik, ini yang kita dah buat sekarang untuk sampai kepada tahap tersebut - dunia dan akhirat..
Sumber: Temubual Dr. Azizan Osman Bersama Prof Dr Muhaya - Live By Design | Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman

No comments:
Post a Comment