27.6.13

Orang yang Mendapat Jodoh

I can't remember pernah post pasal ni ke tak sebelum ni, tapi nak share gak kat sini. Kalau dah pernah share pasal mende ni, kira yang ni untuk refresh balik la yer..hehe..

Prof. Dr. Muhaya ada cakap kat ikim.fm dalam slot Islam Itu Indah: Celik Mata Reset Minda (7 November 2012 | 10.20am)
  • Sibukkan diri perbaiki diri untuk jadi isteri
  • Jangan kejar kasih sayang, biar kasih sayang kejar kita
  • Begins with end in mind
  • Kalau nak masuk syurga, akhlak kita macam mana?
  • Jadi magnet yang baik
  • Cinta itu verb, bukan perkataan tapi perbuatan
  • Pergi tempat yang nak cari jodoh, bukan yang nak couple/kawan saje-saje *Matrimony Baitul Muslim?
  • Tulis orang yang macam mana kita nak, then work for it. Kena ada benchmark
  • Orang yang dah berkahwin ni biasanya rezekinya banyak, sentiasa ada..
  • Spesifik bila berdoa
  • Orang yang yakin pada Allah, akan yakin pada diri
  • Orang  biasanya akan suka orang yang macam diri dia sendiri
  • Ibu bapa jangan bandingkan anak-anak, takut-takut nanti anak-anak jadi dendam
  • Anak terhasil jadi macam tu sebab salah kita
  • Kuasa paling besar lepas kuasa Allah ialah kuasa kasih sayang!
  • Perkahwinan perlukan makanan emosi, perhargaan, kasih sayang
  • Jangan sindir orang lain, tapi doakan orang!
  • Jangan bebankan majlis perkahwinan
  • Ramai orang rancang majlis perkahwinan tapi tak rancang hidup selepas kahwin
  • Nilai diri kita bergantung kepada ketaqwaan
  • Bila kawan, tapi takde cakap pasal kawen, pasal anak, nak duduk mana lepas kawen, tinggalkan orang ni
  • 2,3 minggu kenal takde sebut pasal kawen, buang je
  • Niat kawan untuk dapat jodoh, nak kawen, taknak buat maksiat lama-lama
  • Jawapan istikharah boleh datang dalam bentuk 1)mimpi 2)gerak hati 3)dipermudahkan
  • Buat perancangan kehidupan
  • Nak beli rumah macam mana
  • Buat agreement seawal kenal
  • Yang kita nak ialah perkahwinan by design, bukan by default

No comments:

Post a Comment