Lately macam-macam jadi. Banyak benda nak buat tak jadi. Tapi takpe, hidup memang macam ni..ada masa hidup kita berjalan smooth je, ada masa ribut taufan puting beliung melanda, senyap seketika..
Ada apa dengan angka 997 as mentioned above?
Haa..ni nak citer la ni..
Since awal tahun hari tu, saya mula mengikuti kelas-kelas percuma Dr. Azizan Osman. Kenal tak siapa Dr. Azizan Osman? Kalau tak kenal, sila tanya pakcik Gugel. Entry ni bukan nak citer pasal beliau, tapi apsal saye. hehe..
Bermula dengan:
Seminar Berani 2013 {26 Januari 2013 | Wisma MCA Jalan Ampang},
then Seminar Berani Berniaga {31 Mac 2013 | Shah Alam Convention Centre},
followed by Seminar Kombo Fesbuk Power + Wang Power {28 April 2013 | Wisma MCA Jalan Ampang},
and the latest one, sekali lagi attend Seminar Wang Power Ahad lepas, 19 Mei 2013 kat Hotel De Palma Shah Alam,
saya akhirnya nekad untuk melakukan perubahan besar dalam hidup - bermula dengan invest lebih banyak untuk knowledge. Ya, belajar untuk hidup! Nak dapat dunia kena ada ilmu, nak dapat akhirat juga kena dengan ilmu, nak dapat dunia&akhirat, mesti dengan ilmu!
997 ialah nilai yang perlu dibayar untuk investment permulaan saya menghadiri Seminar Advanced Wang Power yang bakal berlangsung selama 3 hari 3 malam pada 7, 8 & 9 Jun nanti. Hari Ahad lepas, masuk seminar Wang Power tu with cash RM1K in hand dengan niat nak register untuk Seminar Advanced Wang Power! Nekad nak belajar cara pengurusan wang yang betul sebab dah tak tahan dengan kehidupan rat race sekarang. Bukan tak bersyukur dengan nikmat Allah sekarang, tapi berusaha untuk menjadikan hidup lebih berkualiti tanpa keluh kesah!
Selesai register, seat yang asalnya hanya general, tapi sebab bayar cash on that day, dapat upgrade ke VIP seat untuk seminar tu nanti! Alhamdulillah..mula-mula macam dah kecewa sikit sebab dalam seminar tu takde announce pun pasal upgrade from general seat ke VIP seat if buat full payment masa register, bila dah tanya dengan crew diorang cakap boleh upgrade, terus bersemangat!!! And dapat T-shirt free lagi :)
Terasa makin hari makin tamak nak belajar macam-macam. Sabtu ni, 25 Mei 2013, inshaaAllah akan attend Seminar Khas untuk semua rakan kongsi BARU yang berpangkat SM, SSM yang menyertai GLAM (Jan-May), akan disampaikan oleh Speaker Winston Wong bertopik Asas Permulaan Business kat Bukit Kiara Country Club, Hartamas.
Then, inshaaAllah juga on 1st June nanti akan attend Seminar Hidup Luar Biasa kat Wisma MCA Jalan Ampang. Free of charge! Moga-moga Allah izinkan..
Saya baru sahaja memulakan bisnes part time, dan saya perlu sangat banyak belajar. Allah dah bukakan jalan seluas-luasnya, moga-moga ini yang terbaik untuk masa depan saya. Bila kita fokus pada apa yang kita nak dalam hidup ni, dengan sendirinya kita akan nampak jalan-jalan mana yang perlu kita pilih dengan izin Allah.











No comments:
Post a Comment